CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Disangka Pintu Tandas, Wanita Mati Dihempap Almari Baju

3-10-2022 11:32 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1189| Komen: 3

LONDON – Seorang gadis di Britain maut dihempap almari pakaian selepas membuka pintu yang disangka laluan menuju ke tandas ketika ketika terjaga di tengah malam, lapor akhbar Metro UK.


Mangsa, Chloe Haynes, disahkan maut di tempat kejadian yang berlaku sekitar pukul 6.30 pagi (waktu tempatan) di Hotel Adelphi, Wales Utara.

Menurut ibunya, Nicola, Chloe pulang ke bilik hotel dalam keadaan yang agak mabuk selepas menghadiri majlis pertunangan rakannya.


Foto: Metro

“Dia pulang ke hotel agak lewat melepasi waktu tengah malam dan terus tertidur.

“Apabila tiba-tiba tersedar, Chloe mungkin sedikit keliru akibat kesan mabuk malam sebelumnya dan cuba menarik pintu almari yang disangka tandas dalam keadaan gelap,” jelasnya.

Punca kematian Chloe  adalah kerana dihempap almari di bahagian tengkuknya.

Tambah ibu Chloe, rakannya menyedari kemalangan ngeri itu apabila dia kembali ke bilik pada awal pagi.

Beberapa penginap lelaki di bilik berdekatan dilaporkan bergegas ke bilik Chloe untuk membantu menarik badannya keluar dari bawah almari, namun ia sudah terlambat untuk menyelamatkannya.

Polis Merseyside kemudiannya mengklasifikasikan kematian wanita itu sebagai kemalangan. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote esbok 3-10-2022 12:57 PM
nampak dah kesan mabuk, tapi kenapa orang minum juga? nanti orang jawab daku, mcm makan manis, dah nampak kesan diabetes makan juga melantak mcm takde hari esok
Quote green~tea 3-10-2022 12:59 PM
Arak membunuhhhh
Quote lattehazelnut 3-10-2022 01:03 PM
mcm mana pintu jatuh kne tengkuk pulak?

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 01:58 AM GMT+8 , Processed in 0.064331 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top