CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Berpuluh-Puluh Mayat Mangsa Insiden Rempuhan Stadium Masih Belum Dituntut

3-10-2022 11:23 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1269| Komen: 1

JAKARTA – Puluhan mayat insiden rempuhan di Stadium Kanjuruhan di Jawa Timur masih belum dikenal pasti oleh waris, lapor laman berita Malang Post.

Perkara tersebut disahkan Ketua Jabatan Kesihatan Malang, Dr. Wiyanto Wijoyo yang ditemui wartawan di Hospital Wava Husada Kepanjen.

Langkah pertama Perkhidmatan Kesihatan selepas kejadian tengah malam itu adalah merujuk pesakit kritikal ke beberapa hospital.

Dua daripadanya adalah Hospital Kanjuruhan Kepanjen dan Hospital Saiful Anwar Malang.


Foto: Malang Post

“Masih ada jenazah yang belum diuruskan. Identiti dan keluarganya belum diketahui,” kata Wiyanto.

Tambah Wiyanto, bilik jenazah di Rumah Mayat Hospital Kanjuruhan juga sudah mencapai kapasiti maksimum yang boleh memuatkan sebanyak 20 mayat.

“Buat saudara-mara yang sedang mencari ahli keluarga yang terlibat dalam insiden ini,  boleh ke Hospital Saiful Anwar atau ke RSUD Kanjuruhan. Kami akan menubuhkan pusat panggilan untuk membantu masyarakat,” tambahnya. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 3-10-2022 03:01 PM
allahu keluarga entah tau entah tidak tu.

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 02:57 AM GMT+8 , Processed in 0.026531 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top