CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Tiada Polis Bersekongkol Dengan Gangster'

3-10-2022 11:22 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 976| Komen: 5

Polis menafikan dakwaan pihaknya bersekongkol dengan individu didakwa sebagai gangster yang tular di media sosial, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pihaknya mengesan gambar tular laporan polis mengenai lelaki tempatan yang diugut kumpulan gangster pada 4.35 petang semalam.

Beliau mengesahkan bahawa hantaran di Facebook itu berkait dengan aduan ugutan yang dilapor pada 4 September lalu dan disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.



Katanya, aduan itu daripada lelaki tempatan, 28, yang mendakwa diugut seorang lelaki dikenalinya ketika berada di Pejabat D7 (Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul.


"Siasatan dilakukan mendapati berlaku pergaduhan membabitkan dua kumpulan yang terdiri daripada warga tempatan di kawasan parkir luar Jalan Vista Mutiara 1, kira-kira 2 pagi, 29 Ogos lalu.

"Tujuh individu telah ditahan untuk siasatan Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan seorang saksi telah dipanggil ke pejabat D7 IPD Sentul berkait kes itu pada 2 petang, 3 September lalu, yang mana dia mempunyai dua saudara yang ditahan kerana terbabit pergaduhan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beh berkata, ketika berada di pejabat D7, saksi itu ada berinteraksi dengan tahanan dalam bahasa Cina dan anggota bertugas tidak nampak sebarang perlakuan jenayah dalam interaksi terbabit, meskipun tidak memahami bahasa ditutur.

Katanya, semua tahanan itu kemudian dibebaskan dengan jaminan polis pada 4 September lalu, dengan dua daripadanya dituduh pada 9 September mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan.

"Bertindak atas laporan dibuat pengadu bersabit insiden yang tular di Facebook itu, pihak polis sudah menahan seorang suspek pada 8 September dan dituduh di Mahkamah Kuala Lumpur mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan pada 9 September atas kesalahan ugutan jenayah," katanya.

Beliau menegaskan bahawa pihaknya tidak bersekongkol dengan mana-mana pihak yang melakukan perbuatan jenayah dan tindakan tegas diambil mengikut undang-undang sedia ada.

"Pihak polis menyeru orang ramai supaya tidak menyebarkan sebarang insiden yang boleh mencemarkan reputasi PDRM dan mendatangkan kegusaran umum.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan insiden itu boleh menghubungi Bilik Gerakan IPD Sentul di talian 03-40482222 untuk tindakan lanjut," katanya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Belibis 3-10-2022 04:21 PM
Baiklahhhh.kami percaya.
Quote brego 3-10-2022 06:44 PM
mana nak ngaku. habis la reputasi
usha telegram edisit siasat
Quote sharlenetexas 3-10-2022 06:48 PM
Balai balai gangster.


Quote Highflyer19 4-10-2022 09:14 AM
Gerak Khas Gerak Khas...
Quote Siput_Sawah 4-10-2022 09:16 AM
ohh ya kaaa? aneyyy cendol satu jagung libih!!

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 02:37 AM GMT+8 , Processed in 0.230444 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top