CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dah Anggap Macam Mak Sendiri- Wanita Berang Bibik Larikan Diri, Tergamak Tinggal Anak Kembar Sendirian

3-10-2022 11:07 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1229| Komen: 7

Seorang wanita berang apabila bibik yang dianggap seperti ibunya sendiri tergamak mahu melarikan diri walaupun selepas mereka tunaikan segala permintaannya.

Menerusi video dimuat naik oleh pengguna dikenali @ummiairilqaisyar, dia meluahkan rasa terkilan dan kecewa selepas bibiknya ‘kantoi’ mahu melarikan diri dari rumahnya.

Apa yang lebih mengecewakannya adalah bibik tersebut tergamak meninggalkan bayi kembarnya sendirian tatkala bermacam-macam dugaan terpaksa dihadapi keluarganyanya.



“Ujian untukku. Kedua-dua anak kembar masuk wad dan gaji kena potong. Dan, semalam ditambah pula bibik melarikan diri. Manisnya mulut bibik, sanggup meninggalkan kembar sendirian. 


“Ya Allah, tak sangka, aku anggap macam mak sendiri sanggup perlakukan aku macam ni,”tulisnya.



Dia turut mendedahkan pembantu rumahnya itu turut meminta wang dan barangan kemas miliknya sebelum meninggalkan rumah tersebut.

Kelakuan bibik itu membuatkan wanita itu terkilan, sedangkan dia telah memberikan layanan terbaik . Difahamkan, bibik tersebut telah pun menghilangkan diri dan kini sedang giat mengesan keberadaannya yang dipercayai berada di sekitar kawasan Sentul.





Perkongsian itu membuatkan ramai berang dan ‘panas’ melihat kelakuan bibik tersebut yang tergamak melarikan diri. Malah, ada yang mengatakan wanita tersebut sangat baik hati sehinggakan bibik tersebut tidak mempunyai sebarang ‘rasa bersalah’. -CARI

Sumber: Oh My Media

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote testly 3-10-2022 11:28 AM
Biasa ni bibik indon perangai mcm ni. Layanlah baik mcm mn pun...mencuri dan merosakkan harta benda majikan ialah kegemaran mereka dan zasss...lari. Berani buat tapi tak berani tanggung...friskies sggh...pengecut
Quote tikusmontok 3-10-2022 12:31 PM
Ehhh @Friska ke yg bukak thread ni??

Ehh bukannnn...
Quote dua_chzy 3-10-2022 12:36 PM
Anggap macam mak sendiri kunun tapi tetap panggil bibik.
Quote lattehazelnut 3-10-2022 12:47 PM
dua_chzy replied at 3-10-2022 12:36 PM
Anggap macam mak sendiri kunun tapi tetap panggil bibik.

Habis tu nak pnggil sayang?

Baik mcm mana pun bg i kne ada batas..
Kang kne pijak kepala..
Quote midori888 3-10-2022 12:51 PM
dua_chzy replied at 3-10-2022 12:36 PM
Anggap macam mak sendiri kunun tapi tetap panggil bibik.

Betul jugak...kami dulu panggil kakak jer...
Quote krustykrab 3-10-2022 12:54 PM
Sedara friskies mmg jahat² mcm friskies jgk
Quote dua_chzy 3-10-2022 01:58 PM
lattehazelnut replied at 3-10-2022 04:47 AM
Habis tu nak pnggil sayang?

Baik mcm mana pun bg i kne ada batas..

Pernah hada bibik dan anggap bibik macam mak ka pehtu panggil bibik tu, bik bik ka? Tak tau la korang ni nampak ka idok betapa contradictory panggilan tu dengan statement pompuan ni. Dan takda maknanya nak anggap bibik macam mak. Kalau kau anggap bibik macam mak artinya ngkau suka kulikan mak sundri ka hapa sebab akak tau most people yang simpan bibik memang kulikan meka kaw2 kesah la kau nak perasan kau baik camna pon kat bibik ngkau. Sama konsep dengan rakan sekerja bukan family so mana2 boss yang kata saya anggap pekerja saya macam keluarga sundri memang full of BS ja bagi aiol.

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 02:29 AM GMT+8 , Processed in 0.071739 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top