Fatin Afeefa berkongsi berita gembira apabila berjaya membeli kereta idaman jenis Mercedes AMG GLE43 Coupe hasil kerja keras dalam perniagaan yang diusahakan.
Fatin atau Fatin Nur Afifah Shamsudin, 28, memberitahu kereta mewah tersebut dibeli sebagai hadiah buat dirinya yang telah bersusuah payah selama enam bulan sebagai seorang usahawan. "Enam bulan bersusah payah sebagai ahli perniagaan, inilah keputusannya. Segala penat lelah dan air mata akhirnya berbaloi!" katanya. Fatin berkongsi mengenai perkara itu menerusi hantaran di media sosial miliknya sambil memuat naik gambar bersama kereta mewah miliknya.
Dalam pada itu, Fatin berkata, keputusan yang dibuat untuk memperlahankan kerjaya dalam bidang lakonan dan memberi tumpuan kepada perniagaan sangat berbaloi buat dirinya.
"Pelik kan? Saya perlahankan aktiviti dalam bidang lakonan dan nyanyian untuk memberi fokus kepada dunia perniagaan, dan saya tidak menyesal. Saya percaya mengejar impian adalah cara terbaik untuk diri sendiri. "Saya beri fokus selama enam bulan kepada @leanbyfa, ejen pun kawan-kawan terdekat, marketing pun ala kadar. Fa (Fatin) la bos, Fa la kuli. Tapi keputusan yang saya dapat.... Masha Allah! Terima kasih semua," jelasnya. Dalam pada itu, Fatin juga turut menasihati peminat terutama golongan wanita untuk terus berusaha membina kerjaya dan tidak berputus asa mengejar impian.
"Wanita... Anda perlu ada impian sendiri dan paling penting kerjaya. Bina impian anda sendiri. Jangan mengharapkan "Daddy-Kasi" saja, nanti ada orang buat konten," pesannya. Melihat ke ruangan komen, rata-rata rakan artis dan peminat pelakon tersebut mengucapkan tahniah sekaligus tumpang gembira dengan kejayaan yang dikecapi olehnya.
"Tahniah Faa, betul-betul seorang wanita berkejaya ni. "Paling penting kalau periksa nombor plate nama sendiri. Tumpang bangga dengan awak Fatin. Tahniah!
"Sebagai wanita saya pun tumpang bangga. Moga terus maju jaya dalam perniagaan Fa," antara komen netizen. -CARI Sumber: mStar Online
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|