CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suami Isteri Warga Emas Merintih- Menoreh Getah Dapat RM10 Je Sehari, Rawatan Anak Lebih RM800 Sebulan

3-10-2022 10:44 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1031| Komen: 5

BALING: “Saya cuma bergantung bantuan anak-anak kerana hasil menoreh getah hanya RM10 sehari.

“Itupun jika boleh menoreh tetapi perbelanjaan perubatan, susu khas, lampin pakai buang anak sakit dan kos ulang alik ke hospital lebih RM800 sebulan.”


Demikian rintih warga emas, Bakar Taib, 63, dan pasangannya Hamtiah Chik, 72, untuk menjaga anak mereka, Hasrolnizan, 38, yang terlantar sejak awal tahun setelah disahkan menghidap pe­nyakit kanser otak tahap empat.


Foto: Utusan Online

Ceritanya, walaupun kadang-kadang keluar menoreh di kebun yang hanya seluas 0.144 hektar, dia tidak boleh memberi tumpuan penuh kepada kerja kerana khuatir dengan masalah anaknya yang berada di rumah bersama isteri yang ada masalah pendengaran.


“Jika keadaan Hasrolnizan agak baik dan cuaca elok, saya berani tinggalkannya untuk pergi menoreh, itupun hanya tiga jam. Saya bimbang jika sesuatu berlaku kepada anak, tiada siapa yang dapat menolongnya apatah lagi isteri tidak dengar.

“Memang saya kini berdepan kesukaran terutama dari segi kewangan, kerana hasil menoreh getah kini tidak seberapa ditambah dengan harga lantai yang rendah dan faktor hujan yang menyebabkan saya tidak boleh keluar menoreh,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di Kampung Bukit, Kuala Kuang, Kupang, di sini semalam.

Bakar yang juga bapa kepa­da tiga cahaya mata berkata, Hasrolnizan sudah bercerai de­ngan isterinya dan mempunyai dua anak lelaki masing-masing berusia 16 dan 14 tahun yang kini tinggal di asrama sekolah.

“Sebelum disahkan menghidap kanser otak, dia mengalami sakit kepala yang agak serius sebelum pengsan, matanya menjadi kelabu dan tidak nampak jelas keadaan di sekelilingnya. Badannya menjadi keras, sejuk bahagian kaki dan tangan seolah-olah sedang nazak,” katanya.

Menurutnya, selepas dibawa ke Hospital Daerah Baling, Hasrolnizan terpaksa dirujuk ke Hospital Daerah Kulim dan seterusnya dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan lanjut dan pembedahan segara di kepalanya.

“Selepas pembedahan, dia dirawat selama dua bulan untuk pemantauan kerana keadaanya agak serius, tahap kesembuhannya hanya 50-50 peratus sahaja ketika itu. Kami bawanya pulang dan berulang-alik ke Pulau Pinang untuk rawatan kimote­rapi, namun keadaannya masih tidak berubah melainkan hanya terlantar dan hilang ingatan serta penglihatan,” katanya.

Orang ramai yang ingin membantu keluarga itu boleh meng­hubungi Bakar melalui talian 011-10502958 atau menyampaikan sumbangan terus ke akaun Bank Rakyat miliknya, 22-004-141923-4. – CARI

Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote green~tea 3-10-2022 12:24 PM
Bukan ke kalo b40 gini dpt bantuan segala pampers susu free ke..

Harap ada la kakitangan kebajikan or spital datang tolong guide dapatkan bantuan utk mereka
Quote prettyuglybabe 3-10-2022 12:46 PM
green~tea replied at 3-10-2022 12:24 PM
Bukan ke kalo b40 gini dpt bantuan segala pampers susu free ke..

Harap ada la kakitangan kebajikan  ...

zakat or baitulmal laju je bantu kalau asnaf ni..ketua kampung patut tau ada asnaf kat kawasan mereka yang perlu bantuan ni..
ajukan ke pusat zakat supaya mereka dapat dibantu..
ataupun masa buat rawatan tu minta hospital untuk bantuan jkm atau zakat..
Quote green~tea 3-10-2022 12:48 PM
prettyuglybabe replied at 3-10-2022 12:46 PM
zakat or baitulmal laju je bantu kalau asnaf ni..ketua kampung patut tau ada asnaf kat kawasan mer ...

Yea betul... kita taxpayers and zakat payers pun rasa sedap hati bila badan kebajikan jalankan tugas... at least kita tau kita ada fungsi wang kita diguna kat mana
Quote bottombikini 3-10-2022 12:57 PM
selalu keluar cite sedih2 ni kat kaw baling
Quote krustykrab 3-10-2022 01:00 PM
green~tea replied at 3-10-2022 12:24 PM
Bukan ke kalo b40 gini dpt bantuan segala pampers susu free ke..

Harap ada la kakitangan kebajikan  ...

Tgk gak...pusat zakat akn dtg interview check segala utk pastik diorg ni betul² asnaf atau tak..bantuan ni byk jenis..ada yg dpt bulanan, ada yg dpt perubatan saja oneoff. Aku ada tlg 1 family ni apply bantuan zakat bulanan, tp tak lulus, diorg hanya bg bantuan perubatan saja setahun blh mintak 2 kali. Aku syak sbb family ni ada tanah.

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 02:35 AM GMT+8 , Processed in 0.031486 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top