Penyanyi juga pemenang tempat ketiga Big Stage 2022, Aisha Retno mengakui ibu bapanya memberi kebebasan penuh untuk dia membuat keputusan terhadap karier, namun tidak buat urusan percintaan dengan seseorang.
Aisha atau nama sebenarnya, Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam, 22, berkata ibu bapanya akan memantau dengan siapa dia berkawan dan berteman, tetapi amat bertolak ansur untuk kerjaya seninya yang semakin menyerlah dalam industri. "Kalau soal percintaan, ibu bapa saya memang akan pantau. Namun, sebaliknya untuk urusan kerja. Mereka beri saya kebebasan penuh dalam membuat keputusan yang difikirkan terbaik.
"Jadi, untuk saya sekarang hanya berkawan saja. Jika nak melangkah ke fasa lebih serius seperti percintaan, belum lagi. Saya tidak memilih sangat pasangan, asalkan orangnya berpendidikan, sopan santun, sayang keluarga dan sukakan kucing. "Kenapa kena suka kucing juga? Sebabnya, saya amat sayangkan kucing dan di rumah pun sekarang ada 30 ekor kucing yang dibela," katanya ketika ditemui pada acara pratonton RR Bridal RTW 22 oleh pereka fesyen Rizman Ruzaini, baru-baru ini.
|
AcikBuncit: Komitednya nok bela kucing byk ...
ADVERTISEMENT