CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dakwaan Talian Tiang Putus Tak Tepat, TNB Ziarah Keluarga 2 Beradik Maut Kena Renjatan

2-10-2022 01:32 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2352| Komen: 12

Dakwaan talian terputus daripada tiang Tenaga Nasional Berhad (TNB) sehingga mengakibatkan kematian dua kanak-kanak lelaki di rumah mereka di Kampung Teras Jernang, Kajang, petang semalam, tidak tepat.


TNB dalam satu kenyataan memaklumkan, siasatan awal mendapati tidak berlaku talian yang terputus dan menimpa bumbung rumah mangsa seperti dakwaan pihak tertentu. 



“TNB dan Suruhanjaya Tenaga (ST) sedang menyiasat kejadian tersebut. Justeru, TNB meminta kerjasama orang ramai agar tidak membuat spekulasi mengenai punca kejadian sehingga siasatan selesai sepenuhnya dan sebagai menghormati keluarga mangsa,” katanya dalam kenyataan, hari ini. 


Dua beradik masing-masing berusia sembilan dan 10 tahun dilaporkan maut selepas disyaki terkena renjatan elektrik ketika mandi di dalam besen di hadapan rumah mereka. 

Dalam kejadian pukul 6.30 petang itu, mangsa Adam Haziq Zamri, 10, dan Adam Harish, 9, disahkan maut di lokasi kejadian oleh petugas perubatan.

TNB mengucapkan takziah atas kematian dua beradik tersebut dan telah menghantar wakil menziarahi keluarga mangsa. 

Katanya, TNB bersimpati atas kejadian menimpa kedua-dua beradik yang dilaporkan sedang bermain air semasa terkena renjatan daripada kebocoran arus itu. 

“Wakil TNB telah menziarahi keluarga mangsa dan turut menyerahkan sumbangan ihsan,” katanya. 


Sumber: UTUSAN


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote she 2-10-2022 01:40 PM
Jadi mana fakta yang tepat?
Owh tengah siasat lagi
Quote insulin 2-10-2022 02:11 PM
Cuba tunjuk gambar kabel yang bocor tu. Barulah tahu kecuaian siapa.
Quote Skuau 2-10-2022 02:18 PM
xde 'pihak berkecuali'(yg pakar dlm bidang berkaitan) ke...tuk chek mende ni???
Quote delia3003 2-10-2022 02:24 PM
Takziah untuk keluarga

Sedih hilang dua anak serentak, secara mengejut pulak tu. Semoga syurga buat mu dik.
Quote ketambangkang 2-10-2022 03:14 PM
ya Allah anak tgh riuh2 main kat luar sekelip mata diambil..sedihnya
Quote Highflyer19 2-10-2022 03:17 PM
Alfatihah…
Quote airfilterkotor 2-10-2022 04:06 PM
Kalau kabel putus, kompem area tu takdak letrik.

Aku rasa la, adakala orang yg tau teknikal cakap wayar tu luka.

Acik yg mendengar pulak, sambung gosip wayar tu terhiris dgn tepi zink (maksud dia luka la).

Sorang lagi sambung citer, aku terdengar macit tu sembang tadi wayar tu macam putus.

Sampai kat sedara jauh, wayar tu putus.

Macam main whisper game.

Quote Belibis 2-10-2022 04:09 PM
Skuau replied at 2-10-2022 02:18 PM
xde 'pihak berkecuali'(yg pakar dlm bidang berkaitan) ke...tuk chek mende ni???

Pakar letrik TNB..pakar kobid kajay...orang lain hu ar yus jer laaa..
Quote NazRysha 2-10-2022 05:36 PM
Sedihnya, dua terus Dia ambil
Quote mejaputih 2-10-2022 08:07 PM
Skuau replied at 2-10-2022 02:18 PM
xde 'pihak berkecuali'(yg pakar dlm bidang berkaitan) ke...tuk chek mende ni???

Biasanya pihak TNB sendiri yg akan check. Tatau telus ke tidak. Huhu .nnt TNB kena laporkan kat OSHE.
Quote batmana 3-10-2022 12:11 AM
Panggil MAH bayu elektrik tu yg msuk MHI..tapi kos check dia mahal..rm1.5k utk service tu
Quote Simunggu 3-10-2022 08:39 AM
kebocoran letrik sudah pasti....mungkin domestic wiring atau talian TNB sendiri....

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 11:22 AM GMT+8 , Processed in 0.049838 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top