CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mantap Dik, Lukis Potret Macam Pro Walau Baru Berusia 8 Tahun!

2-10-2022 01:19 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3408| Komen: 37

Persis bakat pelukis profesional biarpun baru berusia lapan tahun!

Kehebatan murid Tahun Dua, Dihya Muhammad Fateh Mohd Faridil Amir yang mesra disapa Fateh melukis potret dan animasi menjadi tular selepas beberapa lukisan potret dihasilkannya mendapat pujian warga maya berikutan perkongsian ibunya, Khairunisa Mamat yang memuat naik gambar dan video lukisan Fateh di TikTok.



Dihya Muhammad Fateh memiliki bakat luar biasa dalam menghasilkan potret gambar dan animasi seperti pelukis profesional. FOTO BERNAMA


Khairunisa, 34, berkata Fateh minat melukis sejak dia berusia tiga tahun dengan menconteng dinding di rumah mereka dengan pelbagai jenis kartun terutama karakter Ultraman dan beliau bersama suami membiarkan sahaja Fateh melukis di dinding kerana mahu anaknya tonjolkan kreativiti.

Katanya ketika Fateh berusia tiga hingga tujuh tahun, dia banyak melukis watak-watak kartun seperti Boboiboy, Ejen Ali, Naruto, Ultraman dan watak animasi, namun sejak Mac lepas dia mula berminat untuk melukis potret wajah.

"Selalunya Fateh tak akan beritahu orang yang dilukisnya, namun selepas siap melukis dia sendiri akan serahkan kepada pemilik wajah yang dipotret… ia macam satu kejutan kepada mereka. dan Fateh gembira apabila penerima itu tersenyum serta berterima kasih kepadanya," katanya ketika ditemui baru-baru ini.


Khairunisa berkata, Fateh yang juga anak keempat daripada lima beradik itu banyak belajar melukis melalui tutorial di YouTube seperti Amamijan, Ali Haider serta Devon Rondriguez, dan dia mengambil masa 15 hingga 20 minit bagi menyiapkan sebuah potret atau gambar orang.

Katanya, anaknya itu memang sentiasa membawa buku lukisan dan pensel khas untuk melukis potret serta tidak mengira tempat atau waktu untuk melukis, kerana dia memang sangat gembira setiap kali dapat menyiapkan lukisannya.



hasil lukisannya mendapat pujian warga maya berikutan perkongsian ibunya yang memuat naik gambar dan video lukisan Fateh di TikTok. FOTO BERNAMA
"Kadang-kadang kami keluar makan dan semasa di kedai atau restoran, Fateh akan melukis gambar potret yang dia mahukan… selalunya wajah pelanggan atau pekerja di kedai yang kami menjamu selera itu, dia lukiskan potret mereka.

"Ada sesetengah pihak beranggapan Fateh mahukan duit selepas menyerahkan gambar potret lukisan itu, namun sebenarnya Fateh tidak pernah mahukan wang sebaliknya dia mahu mereka gembira dengan gambar lukisannya," kata suri rumah itu.

Bapa Fateh, Mohd Faridil Amir Shobri, 38, pula berkata tujuan bersama isteri berkongsi hasil seni anaknya semata-mata untuk mendokumentasi perjalanan minat si kecil itu, dan dalam masa sama berharap mereka boleh menerima kritikan dan sokongan secara terbuka daripada warga maya.

Walaupun pada mulanya agak bimbang bakal menerima kecaman kerana membiarkan anak melukis di tempat awam dan mengganggu privasi orang lain, namun setakat ini tindakan itu menerima pujian malah sokongan daripada netizen.

"Malah Fateh juga selalu membaca komen-komen yang ditinggalkan warga maya yang melihat video-video lukisannya di TikTok, dari situ dia juga akan dapat menambah baik lukisan potretnya dalam masa sama memberi semangat kepadanya untuk terus melukis," katanya.

Sementara itu Fateh berkata beliau memang bercita-cita mahu menjadi seorang pelukis profesional kerana minat mendalam dalam bidang berkenaan, malah berharap dapat mengikuti latihan melukis potret.

"Saya lukiskan potret kerana mahu menggembirakan mereka dan setiap kali melihat mereka tersenyum ketika terima menerima lukisan saya, itu buat saya seronok.

"Ada yang bagi duit selepas terima gambar potret, saya cakap terima kasih dan beritahu lukisan itu percuma kerana minat saya untuk melukis," katanya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 2-10-2022 01:35 PM
Mokcik mmg minat melukis nakkk....kagumnya dgn budak umur 8 tahun ni...terer gila....
Quote she 2-10-2022 01:38 PM
Bakat cenggini patut dikembangkan
Mohon pihak UiTM Fine Art bagi short course kat adik nih
Dia melukis lagi helok dari bebudak part 1 kelas visual tu
Ehekkksss

Siapa yang kena buang artwork masuk tong sampai dek Suhaimi Tular tu?
Masih kah kau ingat
Quote anakmak 2-10-2022 01:50 PM
Talented
Quote acikhan 2-10-2022 01:52 PM
jeles haku kalo org pandai melukis nie...daebak la dik
Quote ezacbee 2-10-2022 02:08 PM
she replied at 2-10-2022 01:38 PM
Bakat cenggini patut dikembangkan
Mohon pihak UiTM Fine Art bagi short course kat adik nih
Dia meluk ...

Kena lempar ada laa...

Ala dia pun lukis tah hapa2.. tunjuk demo guna arang takat conteng2 je.. Adik ni pun boleh lukis..
Quote she 2-10-2022 02:35 PM
ezacbee replied at 2-10-2022 02:08 PM
Kena lempar ada laa...

Ala dia pun lukis tah hapa2.. tunjuk demo guna arang takat conteng2 je..  ...

Ada lagi ke dia mengajau?
Berpuluh tahun sudah
Ingatkan dah pencen hahaha
Quote ezacbee 2-10-2022 03:03 PM
she replied at 2-10-2022 02:35 PM
Ada lagi ke dia mengajau?
Berpuluh tahun sudah
Ingatkan dah pencen hahaha

Tah xtau. Dah 20thn xjejak situ. Rasa2 dia dah tukar tempat lain.
Quote supernaturalee 2-10-2022 03:20 PM
Talent nya kau dek
Acik salut kau dek
Teruskan

Setuju dgn cdgn short course art apebende td

Quote noor2 2-10-2022 03:24 PM
Khairunisa, 34, berkata Fateh minat melukis sejak dia berusia tiga tahun dengan menconteng dinding di rumah mereka dengan pelbagai jenis kartun terutama karakter Ultraman dan beliau bersama suami membiarkan sahaja Fateh melukis di dinding kerana mahu anaknya tonjolkan kreativiti.


Mcm tu la perangai anak2 aku masa kecik...dah jadi mural Wall dinding rumah aku...tu belum kata2 yg depa conteng bila begaduh sesama sendiri
Quote sarahmirza 2-10-2022 03:30 PM
Bakat melukis ni mmg dari kecik kita boleh nampak... Macam anak i masa umur 3tn++ dah boleh melukis objek yang bila kita tengok kita tau apa...yang i paling ingat dia lukis helikopter... Tapi anak i minat dia tak macam budak ni... By 5-7 yo, dia mula lukis peta dunia siap dengan bendera hampir setiap negara...lps tu dah sek ren dia berhenti melukis sampai la dh remaja 17 tahun ni dia mula melukis semula.. Macam2 watak anime. Satu je i harap dia tak terpengaruh dengan costplay ..hahahaha
Quote makneng 2-10-2022 03:30 PM
Teruskan mekukis dik!!!
Quote naina 2-10-2022 03:32 PM
Kecik2 dah lawa cmni. Besok besar mesti tak dapat beza lukisan dengan real.
Quote she 2-10-2022 03:43 PM
ezacbee replied at 2-10-2022 03:03 PM
Tah xtau. Dah 20thn xjejak situ. Rasa2 dia dah tukar tempat lain.

Uols UiTM Perak kah
Quote rogayahtop 2-10-2022 03:45 PM
Nampak dah bakat tu baru 8 taun.
Suka tgk parents memupuk bakat anak2 ni, hantar anak2 pegi kelas drawings, anak2 sketch tepi tasik, mak bapak skrol tiktok.

tp kalau skor nanti masuk mrsm/sbp nak taknak kena ambik subject sains, dah tua2 baru menyesal

ramai sgt kenal org2 berbakat masa muda2 yg dah tua2 beli ipad, beli procreate, wondering what could have been kalau tak masuk mrsm yg membunuh bakat2 muda, nak tampal poster anime pun tak boleh pasal ada ustazah ckp malam2 nanti makhluk keluar dr poster
Quote mbhcsf 2-10-2022 03:49 PM
oh wow.   masya  Allah so nice....i think elok dia pi kelas melukis lah , tajamkan kemahiran tu ...mana tahu kemahiran 2 macam ni lah yg add on....
Quote Tinot7 2-10-2022 03:57 PM
rogayahtop replied at 2-10-2022 03:45 PM
Nampak dah bakat tu baru 8 taun.
Suka tgk parents memupuk bakat anak2 ni, hantar anak2 pegi kelas d ...

Mrsm mana ni yg setajah habaq makhluk kluaq dari poster????
Quote Tinot7 2-10-2022 03:57 PM
Tahniah adek.. bakat mcm ni la yg org suka tgk.. tak mcm karikatur tahpape tuh idola ongmuda..
Quote emera 2-10-2022 04:00 PM
Compare dgn acik, lukisan kau jauh lagi lawa tapi kau masih boleh tajamkan lagi skill kasi lagi mantoppp!! Keep up the good work!
Quote ezacbee 2-10-2022 04:16 PM

Aku kat S.Alam.

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 01:20 AM GMT+8 , Processed in 0.082430 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top