CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Parah ATV Jatuh Dari Tebing Ke Kawasan Berbatu Di Air Terjun

2-10-2022 12:39 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3394| Komen: 22

Wanita parah, manakala rakannya terselamat selepas kenderaan all-terrain vehicle (ATV) dinaiki terjatuh dari tebing ke kawasan berbatu di air terjun dekat Kampung Sempeneh Cempaka, Batu Kurau semalam.


Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian itu pada 2.27 petang dan sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Kurau ke lokasi.


Anggota bomba membantu menyelamatkan mangsa yang jatuh dari tebing selepas ATV dinaiki hilang kawalan. FOTO Ihsan Bomba.

"Ketika tiba, pasukan mendapati sebuah ATV terjatuh dari tebing ketika dua mangsa melakukan aktiviti rekreasi bersama rakan mereka.


"Difahamkan ATV itu hilang kawalan yang menyebabkan kedua-dua mangsa jatuh bersama kenderaan berkenaan.

"Penumpang ATV parah di kepala dan mulut, manakala pemandu tidak cedera," katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, rawatan segera diberikan dan mangsa dibawa naik dengan pengusung.

"Mangsa parah dikenali Nurhanis Zulaikha Zamri, 23, diserahkan kepada petugas kesihatan untuk tindakan lanjut dan operasi tamat pada 3.08 petang," katanya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote insulin 2-10-2022 12:42 PM
Kasihan. Semoga cepat sembuh.
Quote Perawankota 2-10-2022 09:17 PM
Ni yang takut kalau nak main atv kat Kawasan2 hutan..
Quote Highflyer19 2-10-2022 09:28 PM
Siapa yg jaga situ…
Quote belilies 2-10-2022 09:45 PM
Yahampun sakitnya tu. Elok2 dah enjoy di hujung minggu jadi tragedi bulan oktober
Quote Daiken 2-10-2022 09:48 PM
kalau tak pernah main ATV biaserkan dulu kat tanah lapang....dah kenal ATV punya perangai...baru boleh  bawak masuk hutan...ni main bantai bawak memang senang senang nak hilang kawalan....jangan budget confident boleh main terus ATV dalam hutan tebing tebing
Quote ulamalu 2-10-2022 09:50 PM
"Penumpang ATV parah di kepala dan mulut, manakala pemandu tidak cedera," katanya dalam kenyataan.

Semoga cedera kepala tu x affect otak.  Get well soon.

Quote Potpouri 2-10-2022 10:25 PM
Semoga tak apa2..

AKu geram bila makpak bagi anak2 kecik sekolah rendah main ATV. AKu pulak yang risau siap terpekik2 kat dorang..takut terlanggar aku dan anak2 di tepian pantai. Otak letak di lutut. Bingai
Quote surfin_net82 3-10-2022 12:03 AM
Bw ATV tak sama langsung macam rasa bw moto. Lebih complicated.
Quote Cassieopeia 3-10-2022 11:40 AM
xde yg guide ke? kalau sini biasa atv sorg je boleh naik utk yg berbukit ni. lainla atv area pantai ye boleh naik berdua... dlu naik kt kemensah berzikir jgk aku tp guide tu bagus yg curam ke dia tolong naikkan..
Quote black_handbag 3-10-2022 11:42 AM
bahaya rupanya natang atv ni
Quote She-Ra 3-10-2022 11:44 AM
Daiken replied at 2-10-2022 09:48 PM
kalau tak pernah main ATV biaserkan dulu kat tanah lapang....dah kenal ATV punya perangai...baru bol ...

sampai skang i is seram nak bwk atv walalupun byk kali kekawan offer, siap kena bahan "apa baranggg.. kata suka aktiviti ganas2" ahh lantakkk tak duliks
belum ada keberanian utk main atv
Quote tri-max 3-10-2022 11:47 AM
umur 23 muka da rosak sbb xcident
moga tabah menghadapi dunia skrg yg mementingkan perfection & beauty gittew


Quote TabletSusu 3-10-2022 11:49 AM
aku x pernah main ATV ni wlu byk kali kwn2 ajak. korg mainlah.. aku duduk tepi xpe.
Quote jfq 3-10-2022 01:34 PM
Soalan serious
Tak pandai drive kereta atau tak pandai bawak moto  boleh main ke atv ni
Aku tak pernah naik. Seriau dgr hari tu kawan cerita benda tu berat lagi2 part nak panjat lereng bukit yg berlekuk2
Quote lattehazelnut 3-10-2022 01:36 PM
Seramnye.. mungkin lepas hujan kot laluan licin..
Quote JunkMail 3-10-2022 01:41 PM
Orang fikir bawa ATV lagi senang dari bawa motor sebab 4 tayar. Meh sini acik cakap.. 2 tayar kat depan tu susah nak handle dengan sebatang handlebar. Motor lebih senang nak balance ye...kaki boleh jejak tanah..handlebar lebih ringan.
Quote JunkMail 3-10-2022 01:43 PM
jfq replied at 3-10-2022 01:34 PM
Soalan serious
Tak pandai drive kereta atau tak pandai bawak moto  boleh main ke atv ni
Aku tak pern ...

Jangan. Handlebar 2 tayar tu berat, susah nak maneuver lagi2 kalau takde pengalaman.
Quote Artemesiaa 3-10-2022 01:44 PM
Ramai beranggapan mudah dikendalikan sebab tu ramai nak cuba tapi kurang kemahiran boleh membahayakan
Quote bulalof 3-10-2022 01:52 PM
naik benda alah ni takde perlindungan insurans ke?

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-1-2025 02:07 PM GMT+8 , Processed in 0.110233 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top