Oleh Izzah Abbasy
Tahukah anda makanan berkhasiat sering diketepikan? Mempunyai rasa pahit dan warna yang tidak menarik, ia adalah punca utama mengapa masyarakat Malaysia tidak menggemarinya.
Namun, bagi mereka akan yang tahu akan khasiat yang terdapat pada makanan tersebut sudah pasti menjadi makanan utama atau amalan harian mereka.
Antara makanan berkhasiat yang tidak disukai ramai :
1. Pepitas (Biji Labu)
Banyak khasiat yang terdapat dalam biji labu antaranya lemak yang tidak tepu, kalsium, vitamin B, serat dan banyak lagi. Cara terbaik untuk menghidangkan biji labu dengan cara mencampurkan di dalam salad dan makan bersama dengan salad.
2. Tahini ( Pes Biji Bijan)
Bagi yang tidak tahu pes, ia merupakan biji bijan yang dihancurkan menjadi halus. Pes biji bijan kaya dengan protein, serat, kalsium, vitamin E dan antioksidan. Pes biji bijan ini juga dijadikan snek di negara Arab.
3. Prun
Buah prun tidak asing bagi rakyat Malaysia kerana buah prun telah dikomersialkan kepada rakyat Malaysia. Buah ini kaya dengan serat, iron, potassium, rendah kalori berbanding buah-buahan kering yang lain.
4. Barli
Barli juga dikenali oleh masyarakat Malaysia kerana kebanyakan kedai menyediakan air barli sama ada sejuk atau panas. Barli kaya dengan serat larut dan boleh digantikan dengan nasi.
5. Turmeric (Kunyit)
Tergolong dalam rempah ratus yang biasa digunakan di dalam masakan kari. Kunyit kaya dengan antioksidan yang setanding dengan buah strawberi, rasberi dan ceri.
Yang mana satukah pilihan makanan berkhasiat anda? Penulis suka kunyit, buat ulam. Sedap! Jom cuba. Bagi anda yang tidak suka pahit atau masam, bolehlah minum barli selalu ya. - CARI Infornet
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|