Gara-gara menolak ajakan rakan suami untuk melakukan seks, seorang wanita berusia 24 tahun ditemui mati akibat dibunuh oleh suspek.
Tribunnews melaporkan, mangsa yang dikenali dengan nama Melissa Dyah Wahyuni dan pelaku, Trimo Sasmito berusia 37 tahun tinggal di satu kawasan yang sama iaitu di Kecamatan Kandat, Indonesia. Motif suspek membunuh mangsa kerana berang ajakannya untuk melakukan hubungan intim ditolak. Menurut sumber, mangsa dikatakan tidak pulang ke rumah sejak 15 Ogos lalu dan pelbagai usaha yang dilakukan keluarga untuk mencari mangsa.
Tiada sebarang petunjuk yang diterima namun misteri kehilangan mangsa akhirnya terjawab selepas penemuan mayat mangsa yang tertiarap di tebing sungai. Keadaan mayat mangsa juga dikatakan sangat menyayat hati. Susulan daripada itu, mayat mangsa telah dibawa ke hospital untuk proses bedah siasat. Polis percaya mangsa telah dicekik hingga mati sebelum mayatnya ditinggalkan di tebing sungai itu. Penemuan mayat itu juga membawa kepada penahanan seorang lelaki iaitu suspek pembunuhan, Trimo Sasmito. Ketika disoal siasat, suspek mengaku sudah lama menaruh hati kepada mangsa malah suspek dan suami mangsa juga mengenali antara satu sama lain. Difahamkan, suspek dan mangsa juga dikatakan mempunyai hubungan kekeluargaan. Siasatan lanjut berhubung kes ini masih dijalankan dan jika sabit kesalahan, suspek boleh dijatuhi hukuman penjara selama 20 tahun. -CARI |
jazaa100 replied at 2-10-2022 12:55 PM
@Friska di mana loo.......
Seks, seks, seks....tu je dlm kepala hotak bangsa friskies ni...sbb tu ...
Tinot7 replied at 2-10-2022 04:17 PM
Takziah kpd keluarga..
tu gambaq suami bg penampaq kat saspek ke apa?
Solokkk replied at 2-10-2022 12:57 PM
Indon jongos nih: claim, rokok kretek, dangdut, sex & repeat
hareeeesah replied at 2-10-2022 11:13 PM
Mcm bini saspek dok belai laki before masok jail ja.. siap pegang tgn tu, sanggup ek
hareeeesah replied at 2-10-2022 11:13 PM
Mcm bini saspek dok belai laki before masok jail ja.. siap pegang tgn tu, sanggup ek
ADVERTISEMENT