Seorang gadis dikenali sebagai Bella kehilangan tempat untuk berteduh setelah berlaku satu pertelingkahan antara penjaganya.
Gadis ini memperincikan nasib malang yang menimpanya setelah berpindah dan menetap di Putrajaya sejak tujuh tahun lalu. “Masa saya tengah belajar online (dalam talian), mak ayah minta saya tinggal di rumah makcik dan pakcik untuk tolong mereka jaga nenek yang sakit. “Tapi tak lama lepas tu pakcik dan makcik bergaduh atas sebab tertentu. Nenek terpaksa balik semula rumah dia dekat Cheras, Selangor. “Mereka tak bagi saya balik rumah (keluarga) lagi sebab masa tu kebetulan nak dekat final exam. Jadi saya duduk dekat rumah (bapa saudara) tu lagi sampailah Julai 2021. Apabila dah habis study, mereka suruh saya cari rumah sewa sebab nak ajar saya berdikari. Saya pun turutkan saja,” ujar Bella.
Ujar Bella yang merupakan bakal graduan di sebuah universiti awam di Seremban, Negeri Sembilan, dia berpindah keluar dari rumah bapa saudaranya dan menyewa di sebuah rumah terletak di Presint 16, Putrajaya. Pada ketika itu juga, Bella mula bekerja sambilan di sebuah kedai menjual pakaian di pusat beli-belah Alamanda yang berdekatan dengan rumahnya selama hampir setahun. Dia kemudiannya bertukar tempat kerja dan bekerja sepenuh masa di sebuah restoran makanan yang masih terletak di dalam pusat beli-belah sama. “Saya bertukar kerja sebab majikan baharu ada sediakan bilik sewa. Tapi sepanjang saya tinggal kat situ ada timbul isu dengan lima lagi penyewa lain. “Mereka mengadu dekat tuan rumah barang dalam rumah milik mereka selalu hilang. Mereka tuduh saya ambil sedangkan saya kerja dari 9 pagi sampai 10.30 malam. Jadi tuan rumah minta saya keluar dari situ.
|
monreyes replied at 2-10-2022 11:56 AM
so keje tu dpt apa je..sewa x leh byr..duit mkn pun xde...pelik sungguh
edayildiz replied at 2-10-2022 11:24 AM
nape hidup org nama bella ni sedih sgt..bertabaha bella..
mclaren replied at 2-10-2022 12:46 PM
Tt tu apa
musangbodoh replied at 2-10-2022 11:42 AM
sempat main tt lagi....
jazaa100 replied at 2-10-2022 12:52 PM
Tik tok mc laren.....
Lama tak nmpak mc laren
ADVERTISEMENT