CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dulu Budak Penghantar Piza, Sekarang Berbilion Hartanya

2-10-2022 10:38 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1496| Komen: 10

LONDON – Seorang lelaki muda di Britain yang mula bekerja sebagai penghantar piza kini hidup mewah selepas menubuhkan sebuah syarikat di garaj rumah ibu bapanya, lapor akhbar Daily Star.


Ben Francis, 30, telah menubuhkan sebuah syarikat pakaian sukan jenama Gymshark pada 2012. Pakaiannya kini dimiliki oleh ramai ahli sukan, selebriti dan peminat pakaian sukan di seluruh dunia. 

Francis kini menjana pendapatan sehingga £1 bilion (RM5.1 bilion) dan mampu membiayai percutian mewah, memiliki motosikal mahal dan berkahwin dengan seorang model kecergasan. Hidupnya kini jauh lebih baik  daripada menjadi seorang budak penghantar pizza di Birmingham.

Syarikatnya yang berpangkalan di Solihull, West Midlands berasal dari permulaan yang sederhana, lapor akhbar The Sun.


Foto: IG


Francis pada awalnya menceburi bidang perniagaan suplemen kesihatan sebelum meninggalkan perusahaan itu kerana tidak mendapat keuntungan seperti diharapkan.

Titik tolak kejayaan Francis bermula ketika dia sukar untuk mencari pakaian gimnasium yang disukainya. Francis memutuskan untuk membuatnya sendiri dengan meminta neneknya mengajar cara menjahit.

Francis ketika itu masih belajar sepenuh masa di Universiti Aston, Birmingham sambil bekerja sebagai penghantar piza.

Dia mula meraih keuntungan selepas menawarkan pakaiannya di pasaran selain berhenti belajar untuk menguruskan Gymshark dan dua perniagaan lain secara sepenuh masa.

Jenama itu akhirnya melonjak popular dengan 5.8 juta pengikut di laman Instagram. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BlackOpium 2-10-2022 10:40 AM
Dia ke owner Gymshark. Masih muda lagi.
Quote rosedemon 2-10-2022 12:46 PM
oo ni ke ownernya camane agaknya marketing dia smpai boleh meletop tu
Quote airfilterkotor 2-10-2022 12:47 PM
Ada yang menggelegak ovari dalam porem satni kang.
Quote margo20 2-10-2022 01:40 PM
First time dgr brand ni myb sbb aku tak pernah g gym [em:14:] [em:14:] [em:14:]
Quote rogayahtop 2-10-2022 04:40 PM
bolehla lawan lululemon makcik2 zumba

namanya pun sedap gymsharks bukan gymrats

Quote Highflyer19 2-10-2022 09:43 PM
Rags to riches…too common
Quote Carcosa 2-10-2022 10:16 PM
Oooo dia ni ke owner Gymshark
Harga attire Gymshark ni bukan kaleng2 yach. Tapi quality mmg marbeles la. Tang bontot, mmg nampak nalerrrr.
Tapi ada je China mari imitation punya Gymshark. Haha.
Quote shernazz 2-10-2022 11:33 PM
Iols suka popflex punya attire
Skorts dia...skirt+shorts
Tp tak pernah beli...brrangan jrlah..hahaha
Quote batmana 2-10-2022 11:53 PM
Yg sbnrnya sales dia naik mencanak.psl dia antara kompeni terawal gune selebriti youtuber gym..lpas dia buat..barulah yg lain ikut
Quote Tinot7 2-10-2022 11:55 PM
Apa rupa baju dia? Tak pernah dgr..

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-1-2025 07:44 PM GMT+8 , Processed in 0.060404 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top