CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Puas Hati Pasukan Kalah, 127 Mati Dalam Rusuhan Perlawanan Bola Sepak Di Indonesia

2-10-2022 10:26 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 11665| Komen: 182

JAKARTA – Sekurang-kurangnya 127 maut di sebuah stadium bola sepak di Indonesia, semalam, selepas penonton perlawanan menyerbu masuk ke kawasan padang dan mencetuskan rempuhan sehingga memaksa polis melepaskan gas pemedih mata, kata pegawai.


Para penyokong pasukan Arema FC di stadium Kanjuruhan, bandar Malang bertindak demikian selepas pasukan mereka kalah 3-2 kepada Persebaya Surabaya, kekalahan pertama dalam tempoh lebih dua dekad kepada seteru ketat mereka.

Polis yang menyifatkan insiden itu sebagai rusuhan, cuba memujuk penyokong agar kembali ke tempat duduk mereka sebelum melepaskan gas pemedih mata ke arah tempat duduk penonton selepas dua pegawai anggota terbunuh.


Foto: FB


“Dalam insiden ini, 127 orang meninggal dunia, dua daripadanya adalah pegawai polis. Seramai 34 orang mati di dalam stadium dan selebihnya meninggal dunia di hospital.

“Penyokong cuba keluar melalui satu pintu keluar, namun orang ramai bersesak di situ. Disebabkan itu, mereka sukar bernafas akibat kekurangan oksigen,” kata Ketua Polis Jawa Timur, Nico Afinta dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, pemerintah Indonesia memohon maaf atas insiden tersebut dan berjanji akan menyiasat keadaan kejadian ketika rempuhan.

“Kami memohon maaf atas insiden tersebut dan berasa kesal kerana kejadian ini menjejaskan sukan bola sepak negara ketika penyokong sudah boleh menonton perlawanan di stadium.

“Kami akan menilai penganjuran perlawanan dan kehadiran penyokong secara menyeluruh. Adakah kami akan melarang kembali penonton menyaksikan perlawanan (di stadium)? Ia sedang dibincangkan,” kata Menteri Sukan dan Belia, Zainudin Amali kepada laman berita Kompas. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote glump 2-10-2022 08:13 AM
Football match pun sampai ada yg meninggal..biar betul
Quote Friska 2-10-2022 08:13 AM
Ulah pendukung tim Singo Edan ini
Quote noor2 2-10-2022 08:14 AM
Biar betul sampai 127 org mati...
Quote green~tea 2-10-2022 08:20 AM
Astagaaaaaaaaa... mende apa emosi sebegitu ... lawan bola je pun... pasni stadium kena install barb wire
Quote FOTHER-MUCKER 2-10-2022 08:20 AM
noor2 replied at 1-10-2022 04:14 PM
Biar betul sampai 127 org mati...

Ganas dia orang. 127 orang tu termasuk kanak kanak.
Quote FOTHER-MUCKER 2-10-2022 08:28 AM
Edited by FOTHER-MUCKER at 1-10-2022 04:30 PM
FOTHER-MUCKER replied at 1-10-2022 04:20 PM
Ganas dia orang. 127 orang tu termasuk kanak kanak.

[youtube]TOwGYadKChs[/youtube]
Rusuhan bola sepak: 120 maut​

INSIDEN berkenaan. FOTO MPI
Jakarta: Lebih daripada 120 individu dilaporkan maut selepas kekecohan dan keganasan susulan perlawanan liga bola sepak di Indonesia, lapor The Guardian.

Penyokong kelab Arema dan Prasebaya bertempur selepas Arema tewas 3-2 dalam perlawanan di Malang, Jawa Timur.

Ketua pejabat kesihatan Malang, Wiyanto Wijoyo berkata, lebih 120 orang meninggal dunia.

Katanya, pihak berkuasa masih mengenal pasti jumlah mangsa yang cedera.

"Lebih daripada 120 orang meninggal dunia selepas huru-hara, kesesakan dan terpijak dan lemas," kata Wiyanto sambil menambah jumlah korban melebihi 100 orang dan mereka dihantar ke hospital berdekatan.

Pergaduhan tercetus selepas ribuan peminat Arema meluru ke padang selepas pasukan mereka kalah.

Pemain Persebaya serta-merta meninggalkan padang, tetapi pemain Arema yang masih di padang turut diserang.

Laporan mengatakan kematian turut disebabkan polis melepaskan gas pemedih mata menyebabkan panik dalam kalangan penonton di Stadium Kanjuruhan.

Liga Indonesia digantung selama seminggu susulan insiden berkenaan.

https://www.hmetro.com.my/utama/2022/10/887823/rusuhan-bola-sepak-120-maut



Quote monreyes 2-10-2022 08:33 AM
Edited by monreyes at 2-10-2022 11:48 AM

dasar caprut...
Quote hayrin86 2-10-2022 08:37 AM
Ini dah kira macam samseng bola England dah..
Quote Skuau 2-10-2022 08:46 AM
monreyes replied at 2-10-2022 08:33 AM
sakainya perangai

apa kena mengena sakai dgn citer ni....sepatutnya...indonnya perangai..baru betul/tepat.Apa daaaa
Quote star_karat 2-10-2022 08:46 AM
Harap2 FIFA ban indon dari main bola selama 5 tahun. Biar dorang boring, takda team lagi nak support  Peman2 gi cari makan kat overseas.
Quote matamata 2-10-2022 08:48 AM
Jgn underestimate dgn game bola sepak ni, 2 negara pernah berperang sbb bola sepak...pelik tp benar
Quote annehuda 2-10-2022 08:50 AM
Hari tu aku penah komen gak,knp bila remaja perempuan layan kpop dituduh memuja artis la apelah,sedangkan peminat kpop ni takdela kacau orang. Aku bandingkan ngan lelaki yg jadi football hooligans ni,wow berderu-deru jantan meleis kata tak sama tak sama. Skrang nah dh jadi kt negara jiran. Tak mustahil gak akan jadi kt negara sendiri tgkla smpi anak raja pun wat perangai cari gaduh ngan org kebanyakan sbb bola ni takde plak org nk persoalkan
Quote anony-mous 2-10-2022 08:50 AM
Indon ni mmg bangsa caprut perangai ye. Malaysian dah jd terikut sbb ramai dgt pati dtg sini dgn jantan melayu low class pilih bini indon
Quote airfilterkotor 2-10-2022 08:51 AM
Takleh terima hakikat kalah kat tempat sendiri.
Sepak bola jer pun.
Quote ulamalu 2-10-2022 08:56 AM
" Fans then began trampling over one another as they fled for safety. "
"Local outlet Kompas claims the tear gas did not disperse, leading to a shortness of breathe and unconsciousness."

Ini kot possible cause of many death.


Quote shernazz 2-10-2022 08:58 AM
Indon indon...
Ish3....
Kecaprutan tu sampai ke sini ya
Quote liton 2-10-2022 08:58 AM
Alah...Indon apa nak heran. Mmg tak bertamaddun. Pasukan Malaysia kan sampai kena naik Barracuda untuk keluar dari stadium dgn selamat

[youtube]vepf-Ye-u_M[/youtube]
https://youtu.be/vepf-Ye-u_M
Quote insulin 2-10-2022 09:05 AM
green~tea replied at 2-10-2022 08:20 AM
Astagaaaaaaaaa... mende apa emosi sebegitu ... lawan bola je pun... pasni stadium kena install barb  ...

Tiba2 teringat Shaolin Soccer. Tapi ini bukan disebabkan pemain bola tapi penonton yang berperangai purba.
Quote lattehazelnut 2-10-2022 09:09 AM
Jap gas pemedih mata pulak salah sebabkan kematian?

Lihat semua komen(182)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 08:34 AM GMT+8 , Processed in 0.045421 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top