CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Susah Nak Betulkan Sesuatu Kalau Masuk Politik, Musa Hassan Sah Tak Tanding PRU15

1-10-2022 07:08 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1033| Komen: 4

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mengesahkan tidak akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Beliau dalam masa yang sama menegaskan untuk tidak terlibat dengan mana-mana parti politik walaupun pernah dilihat menghadiri majlis anjuran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sebelum ini.


Majoriti

Malah, seandainya ada tawaran membabitkan mana-mana parti sekalipun, beliau tidak teragak-agak untuk menolak.

“Saya tiada musuh dengan sesiapa dan sehingga kini saya tidak terlibat dengan mana-mana parti politik.


“Sebenarnya, kalau kita nak masuk politik susah untuk kita betulkan sesuatu. Kita perlu sokongan ramai kalau mahukan perubahan.

“Kalau jadi ahli politik dan kita sahaja yang bersuara orang lain diam, susah juga. Walau apapun, kalau ada tawaran saya akan tolak,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia semalam.

Bagaimanapun Musa berkata, sekiranya ada pihak yang mempelawa beliau mewakili pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau kumpulan tertentu dengan teras perjuangan yang kukuh,  beliau akan menyertainya.

“Saya akan masuk dan membentuk satu suara yang lantang, lagipun semua parti politik ini semuanya sama sahaja. Sebelum dapat kuasa cakap dan janji macam-macam.

“Tapi apabila dapat kuasa, lain pula jadinya. Manusia nak tahu sama ada mempunyai integriti atau tidak tunggu apabila dia dapat kuasa,” katanya. 


Sumber: UTUSAN


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 1-10-2022 08:37 PM
Pls jgn masuk politik
Quote alesandra 1-10-2022 10:30 PM
sapa suruh ko join politik pencacai pengangkut tilam oiiii.....
Quote sharlenetexas 1-10-2022 11:16 PM
Edited by sharlenetexas at 1-10-2022 11:18 PM

Heols lama kerja, takde nak tumpah teh ke asalkan bukan rahsia negara.


Quote jas7512 1-10-2022 11:21 PM
Btl statement mu yg terakhir..politician x kira parti mana sama saja..blm kuasa janji bln bintang. Dah berkuasa. Tembolok sendiri je dia jaga

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 12:35 AM GMT+8 , Processed in 0.033717 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top