Anak-anak yang dalam fasa membesar sekitar 4-6 tahun memang panjang akal melakukan 1001 benda pelik dan adakalanya di luar batasan akal dan cukup menghiburkan sekali.
Namun, jika mereka tiba-tiba mula ‘melekat’ pada sofa seperti dalam video di bawah ini, sudah tiba masanya untuk penjaga mengambil tahu mengenai Fase Phallic. Dalam video yang dikongsikan seorang ibu, dilihat anak perempuannya menyangkut kaki di bucu sofa dan mengapungkan tubuhnya. Mungkin pada dasarnya otot tangan kanak-kanak itu dianggap kuat, namun rupanya perbuatan ini adalah petanda Fase Phallic iaitu detik anak sudah boleh merasai sensasi pada bahagian anggota ‘bawah’ mereka.
Menurut penjelasan seorang doktor, Fase Phallic dikatakan perkembangan biasa yang akan terjadi kepada setiap kanak-kanak. Peranan ibu bapa menjelaskan mengenai apakah bahagian ‘bawah’ itu adalah sangat penting supaya budak-budak akan faham. Jangan marah melulu, sebaliknya pakar perbidanan itu menyarankan agar teguran dibuat secara berdua saja tanpa orang lain. Jika berlanjutan lebih usia enam tahun, lebih baik jika dibawa terus ke rujukan pakar. Melalui ruangan komen, ramai ibu bapa berkongsikan pengalaman mereka saat mengendalikan fasa anak-anak mengalaminya dahulu. Bahkan ada juga yang pernah melakukannya masa kecil dan hanya tahu tentang fakta fasa ini sesudah menginjak dewasa. Sumber: Kisah Dunia
|
supernaturalee replied at 1-10-2022 11:31 PM
Klu yg boy I noticed they always touched their penis
Mcm gentel2
noor2 replied at 2-10-2022 07:12 AM
Seriously????....terlebihnya otak mereng penulis fikir mcm2...tu budak mcm umur 2 ,3 tahun tu...
Suchi replied at 2-10-2022 01:40 AM
Dalam video doktor tu mmg ada bgtau pasal fase phallic tu.
Iols google pun mmg wujud term tu
Suchi replied at 2-10-2022 09:40 AM
Dalam video doktor tu mmg ada bgtau pasal fase phallic tu.
Iols google pun mmg wujud term tu
noor2 replied at 2-10-2022 02:45 AM
Yang biasa kita dgr jantan2 gila seks dewasa yg tengok budak2 mcm ni yg fikir bukan2 dan ada yg rogo ...
dua_chzy replied at 2-10-2022 10:55 AM
Sigmund Freud tu memang bukan boleh pakai sangat pun. Teori pasal sensasi di bawah whatsoever ni a ...
ADVERTISEMENT