CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Hidap Peyakit Misteri, Kulit Putih Betukar Jadi Coklat

1-10-2022 04:43 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1097| Komen: 1

BATON ROUGE: Seorang lelaki dari Louisiana menghidap penyakit misteri selepas warna kulitnya bertukar dari putih menjadi coklat.

Difahamkan, perubahan warna kulit itu berlaku selepas lelaki itu mengambil ubat antikemurungan, lapor Oddity Central.

Tyler Monk, 34, yang bekerja sebagai pemeriksa serangga perosak membuat keputusan untuk merawat masalah kegelisahan dan kemurungan dirinya, tahun lalu.

Dia berjumpa pakar psikiatri dan diberikan ubat antikemurungan fluoxetine, yang biasa dikenali sebagai Prozac.


Foto: Agensi

Bagaimanapun, bukan sahaja ubat tersebut gagal merawat dirnya, tetapi selepas beberapa bulan, bapa dua anak itu mula mengalami perubahan pada kulitnya yang semakin gelap dan beberapa bahagian lain menjadi warna coklat.

Walaupun sudah lebih setahun sejak dia mula perasan perubahan itu, tiada sesiapa yang mengetahui punca sebenar yang dialaminya.

“Doktor tidak mengetahui punca sebenar perubahan kulit saya.

“Mula-mula, mereka ingat ia adalah fotosensitiviti dan saya mempunyai reaksi terhadap cahaya.

“Selepas saya puas menutup seluruh badan, kulit saya tetap menjadi lebih gelap,” luahnya dalam TikTok.

Pada mulanya, dia hanya menafikan perubahan kulit itu sehingga ditegur oleh beberapa rakan lain.

Sehingga kini, tiada mana-mana pakar yang berjaya mengesahkan masalah yang dialaminya walaupun dia sudah berjumpa dengan ramai pakar kulit. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rogayahtop 2-10-2022 12:41 AM
mcm melasma tp tebal lg. pi la buat skin biopsy. tp kat us mau bankrap kalau sakit pelik2 mcm ni.

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 08:39 AM GMT+8 , Processed in 0.032952 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top