CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Semakin Ramai Penduduk Thailand Makan Kelawar

1-10-2022 04:37 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1513| Komen: 18

BANGKOK: Trend semakin banyak penduduk Thailand menikmati hidangan kelawar yang dipercayai boleh memulihkan tenaga menimbulkan rasa bimbang dalam kalangan pengamal perubatan moden.


Sehubungan itu, pakar perubatan di negara ini memberi amaran kepada orang ramai mengenai bahaya memakan kelawar selepas pemburu mamalia itu mendakwa hidangan haiwan tersebut kononnya bagus untuk kesihatan.

Lapor Thaiger, golongan pemburu menggunakan batang buluh panjang untuk menangkap mamalia itu dan menjualnya dengan harga 100 baht sekilogram (RM12).


Foto: MGR

Seorang daripada pemburu kelawar, Somchai Wongpanat, 33, menjadi tumpuan media Thailand selepas mendakwa kononya makan kelawar dapat ‘mengembalikan tenaga’.


Lelaki itu bekerja sebagai kontraktor dan memburu kelawar, tikus, ular dan sarang lebah ketika masa lapangnya.

Wongpanat berkata, daging kelawar perlu dimasak sebelum dimakan bagi tujuan ‘keselamatan’.

Kongsinya, daging kelawar sedap dimakan bersama kari merah Thai.

“Kari kelawar adalah hidangan popular dalam kalangan pelanggan. Kelawar juga sedap dimakan dengan ‘nam jim’ iaitu sejenis sos pencicah,” katanya.

Difahamkan, pemburu menangkap beribu-ribu kelawar setiap hari sama ada untuk dimakan sendiri atau dijual kepada penduduk tempatan.

Bagaimanapun, doktor memberi amaran daging kelawar tidak boleh dinikmati dalam apa juga keadaan kerana mendatangkan bahaya kepada kesihatan manusia.

Pakar di Jabatan Perubatan, Universiti Chiang Mai, Dr. Rangsarit Kanchanawanit berkata, kelawar membawa lebih 10,000 virus yang boleh menjangkiti manusia serta mudah menyebabkan pandemik.

Jelasnya, manusia tidak boleh makan daging kelawar mahupun sebarang daging spesies haiwan liar lain.

“Tiga tahun lalu, pandemik berpunca akibat makan daging kelawar sehingga menyebabkan ekonomi seluruh dunia lumpuh.

“Adakah manusia tidak belajar daripada krisis itu? Jika kita tidak mengambil pengajaran daripada tragedi lalu, sememangnya manusia adalah spesies paling bodoh di dunia,” katanya. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mamijarum06 1-10-2022 06:12 PM
Why laaaaaaaa
Quote lattehazelnut 1-10-2022 06:13 PM
Masalanye yg makan kelawar tu hidup sihat..
Yang mati berjuta yg lain.. haha..
Quote felinecat 1-10-2022 08:38 PM
Covid 3.0..xigt ke punca covid kt China sbb makanan eksotik, hadoiii
Quote Goodluckdontcry 1-10-2022 09:37 PM
Pasni bykla spesis batman..keluang man Thailand muncul....sawadikap..kap kap kap..ikan siakap..
Quote Hoshhi 1-10-2022 10:16 PM
Tak nak ambil iktibar dari kes COVID
Quote Perawankota 1-10-2022 10:17 PM
Seram tgk kelawar ni
Quote casper2022 2-10-2022 07:12 AM
bkn ni ke pnca covid? [em:24:]
Quote green~tea 2-10-2022 08:13 AM
Nape makan mende2 gini? Life is hard?

Thailand banyak mangga.. makan tu pun kenyang
Quote green~tea 2-10-2022 08:15 AM
Goodluckdontcry replied at 1-10-2022 09:37 PM
Pasni bykla spesis batman..keluang man Thailand muncul....sawadikap..kap kap kap..ikan siakap..

Aku teringat mister bat man ni

Hanya di india aku tertengok video ni..  what is seen cannot be unssen

[youtube]O1IfV8LWNws[/youtube]

Quote rosedemon 2-10-2022 03:26 PM
hoiiiiii buat hal la ko, nak cobid 9.0 ke
Quote makneng 2-10-2022 03:32 PM
Awat depa makan kelawaq??? Sebab x dak duit nak beli ayam, ikan ka sebab kelawaq lbh sedap dr ikan, ayam?
Quote Highflyer19 3-10-2022 09:14 AM
Nanti tersebar pulak covid-22…
Quote ifanonline 3-10-2022 09:29 AM
kembali kpd islam
Quote damsel_fiji 3-10-2022 09:33 AM
perut hijau kan?? selayaknyalah

Quote copy_paste 3-10-2022 09:34 AM
kalau ckp makan jentik2 dpt kuatkan tenaga batin,mesti pupus nyamuk hahaha
Quote hayrin86 3-10-2022 09:36 AM
Kan.. Ganja pun mereka makan juga sedangkan ganja tiada bezanya dengan alkohol dan unsur khinzir..
Quote AbukRokok 3-10-2022 11:11 AM
casper2022 replied at 2-10-2022 07:12 AM
bkn ni ke pnca covid? [em:24:]

bukan
salah
Quote Simunggu 3-10-2022 11:32 AM
tak serik serik cobit...bodoh

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2025 11:41 PM GMT+8 , Processed in 0.170641 second(s), 50 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top