CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Majikan Ada Dalam Rumah Ketika Dirompak

1-10-2022 04:30 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1060| Komen: 4

Seorang wanita asing warga Indonesia antara dua suspek yang dicekup polis selepas disyaki terlibat dalam kejadian rompakan di sebuah rumah kedai dan melarikan wang tunai dan barang kemas berjumlah RM76,000.


Manakala dua lagi suspek lelaki dipercayai rakan sejenayah disyaki turut terlibat dalam jenayah itu sedang giat diburu polis.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, kejadian berlaku pada jam lebih kurang 4 petang di Taman Saujana Puchong semalam.


Gambar hiasan

Katanya, polis menerima laporan polis daripada mangsa seorang pelayan restoran pada jam 7.39 malam pada hari yang sama selepas kejadian berlaku.


“Semasa kejadian berlaku, tiga suspek lelaki disyaki memecah masuk kediaman mangsa sebelum samun dan melarikan wang tunai RM65,000 dan barang kemas milik mangsa dianggarkan bernilai RM11, 000.

“Ketika suspek masuk rumah, wanita Indonesia berusia 43 tahun dan mangsa berada di rumah tersebut sebelum salah seorang suspek menendang mereka lalu menggeledah almari serta melarikan barang kemas dan wang tunai milik mangsa,” katanya dalam kenyataan kejadian yang dikeluarkan tengah hari ini.

Tambah beliau, bertindak atas laporan mangsa dan risikan maklumat, sepasukan anggota dari D9 (Jenayah Berat) Bahagian Siasatan Jenayah, IPD Subang Jaya berjaya melakukan serbuan sebelum berjaya menangkap seorang lelaki warga tempatan dan seorang wanita Indonesia.

Kedua-dua suspek itu yang berusia 30 dan 40-an ditangkap di sebuah restoran di Subang Jaya dan di tepi jalan berhampiran sebuah restoran kawasan sama.

“Hasil pemeriksaan ke atas kedua-dua suspek, polis berjaya menjumpai dan merampas wang tunai RM17,00 serta pelbagai jenis barang kemas yang disyaki dirompak suspek lelaki itu bersama dua lagi rakannya.

“Kedua-dua suspek mengaku bersubahat dan terlibat dalam jenayah rompakan itu manakala polis telah mempergiatkan usaha untuk memburu dua lagi suspek,” katanya.

Kes berkenaan sedang disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana kesalahan rompakan secara berkumpulan. 


Sumber: MalaysiaGazette


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lattehazelnut 1-10-2022 05:32 PM
Banyak nye harta simpan dlm rumah
Maid kau tu kompen bg tau ko simpan duit kat kawan dia..
Quote tikusmontok 1-10-2022 05:52 PM
Hanatnya perangai bangsa ko @Friska babu ..tak rompak harta rompak laki org..elok dibedal dgn tiang letrik jer sekor2
Quote Skuau 1-10-2022 06:13 PM
kebodohan di pihak Msia...pon.Sapa suh amik indon kerja..pastu dia bawa gang rampok ko..pastu ko meroyan...tak ke..."are u stupid or something???"-FG.
Quote CiliPadiSedap 1-10-2022 07:22 PM
salah satu sebab ambil bibik risiko begini lah kena samun. punca smartphone. biarlah jadi majikan kejam tak bagi handphone kepada bibik asal nyawa harta selamat dari dirampok.

bangsa G20 rompak bangsa marhein- mendunia

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2025 11:50 PM GMT+8 , Processed in 0.065566 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top