CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dah Lima Tahun Menduda- Ramai Tawar Diri Nak Jadi Kekasih, Hafiz Hamidun Reject Semua

1-10-2022 04:02 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2401| Komen: 22

Selepas lebih lima tahun bergelar duda, penyanyi dan komposer Hafiz Hamidun mengakui dirinya kini sedang mengenali seseorang wanita dengan lebih rapat lagi.

Enggan mendedahkan identiti wanita berkenaan, Hafiz atau nama sebenarnya, 38, bagaimanapun memberi bayangan individu itu berasal dari negara seberang, Indonesia.


Foto: IG

"Status sekarang sedang berteman. Mungkin jodoh saya bukan di sini, tetapi di luar negara," katanya kepada mStar.

Hafiz ditemui ketika majlis pertunjukkan fesyen koleksi pakaian muslimah di bawah jenama Munawwareen yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Khamis.




Meskipun ramai yang cuba mendekatinya sebelum ini, Hafiz tidak mahu memilih jalan mudah untuk mendekati mana-mana wanita, lebih-lebih lagi selepas berdepan kegagalan dalam rumah tangga sebelum ini.

Dalam pada itu, Hafiz juga berkata dia mahu mengenali hati budi seseorang itu dengan lebih mendalam sebelum serius melangkah ke fasa perkahwinan.



"Ramai yang tawar diri nak jadi kekasih melalui direct message (DM) di Instagram. Tetapi kalau tak kenal, tak mungkin saya akan terima begitu sahaja.

"Untuk memilih pasangan, perlulah kenal hati budi seseorang itu dengan lebih dekat. Nak cari isteri bukan seperti beli barang di pasaraya," ujarnya.

Ditanya tentang persediaan untuk kembali mendirikan rumah tangga, Hafiz tidak meletakkan sebarang harapan dan hanya berserah ketentuan Allah.



"Saya sendiri sudah bersedia untuk kembali mendirikan rumah tangga, namun jika ada jodoh maka ia pasti akan terjadi.

"Sekarang ini biarlah sekadar berkawan dahulu," jelasnya.

Untuk rekod, Hafiz sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan usahawan yang dikenali sebagai Joy Revfa pada 1 Mei 2017.


Hubungan mereka bagaimanapun hanya bertahan selama lima bulan selepas Hafiz meragui status cerai bekas isterinya itu dengan suami terdahulu.

Sekitar tahun 2021, Hafiz dikatakan rapat dengan seorang Instafamous berstatus janda dari Indonesia namun hubungan mereka juga tidak bertahan lama disebabkan faktor jarak.-CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lattehazelnut 1-10-2022 04:12 PM
Gambar last tu terpancar aura gayah
Quote inspektoremos21 1-10-2022 04:28 PM
kahwin kejap sgt so hampir lupa heols ni duda..
Quote Adrif 1-10-2022 07:30 PM
dia selfie style atok-atok la
Quote orangbiasaje 1-10-2022 09:29 PM
Dulu dia antara yg minat "kakja" kalo tak silap...taktau nape yg tu tak menjadi...
Quote mosti 1-10-2022 09:55 PM
Dia nak cari yang berduit ja...yg pandai meniaga..lawa...gitew
Quote red_velvet 1-10-2022 10:03 PM
orangbiasaje replied at 1-10-2022 09:29 PM
Dulu dia antara yg minat "kakja" kalo tak silap...taktau nape yg tu tak menjadi...


Bertepuk sebelah tangan kan. Kak ja cari dato seri janggut tanglung
Quote TerataiMelur02 1-10-2022 10:14 PM
orangbiasaje replied at 1-10-2022 09:29 PM
Dulu dia antara yg minat "kakja" kalo tak silap...taktau nape yg tu tak menjadi...

Takde datuk.
Takde janggut.
Takde sweatshirt
Takde songkok chanel
Quote sofea86 1-10-2022 10:44 PM
red_velvet replied at 1-10-2022 10:03 PM
Bertepuk sebelah tangan kan. Kak ja cari dato seri janggut tanglung

SB kak ja tahu sesuatu...
Quote sofea86 1-10-2022 10:45 PM
Ada la terdengar satu cerita x best...harap x btl la cerita tu
Quote auntyonion 1-10-2022 10:48 PM
sofea86 replied at 1-10-2022 10:45 PM
Ada la terdengar satu cerita x best...harap x btl la cerita tu

Apelagi spill ler
Quote orangbiasaje 1-10-2022 10:48 PM
sofea86 replied at 1-10-2022 10:45 PM
Ada la terdengar satu cerita x best...harap x btl la cerita tu

Ape tu? Meh dgrkan...
Quote sofea86 2-10-2022 12:59 PM
auntyonion replied at 1-10-2022 10:48 PM
Apelagi spill ler

Dah lama citer ni 2013 ke 2014 mcmtu...tp iols rasa kak ja tahu masa tu jga kot...atau awl skit lagi..masa tu ada nk buat program kerjasama dgn mamat ni..

nk jemput dia rasanya, ada satu company lain ckp la nk jemput sorg ustaz penyanyi nasyid...pastu sorg mamat Arab ni Tanya la sapa..tunjuk la gmbr * Duda * ni , dia punya tergelak..dia ckp ustaz ke? Katanya bf kawan dia...ntahlah btl ke tak..klu dia tipu , saya tipu la

Tkt juga jatuh fitnah kan klu salah
Quote beta_carotene 2-10-2022 01:41 PM
sofea86 replied at 2-10-2022 11:59 AM
Dah lama citer ni 2013 ke 2014 mcmtu...tp iols rasa kak ja tahu masa tu jga kot...atau awl skit la ...

kwn tu laki ke pompuan nyah..
Quote af_mania 2-10-2022 02:25 PM
beta_carotene replied at 2-10-2022 01:41 PM
kwn tu laki ke pompuan nyah..

Citer kemut2 gitu kan
Quote rosedemon 2-10-2022 03:24 PM
ramai kata anak midun ni gayah, benerannn lo
Quote eLiaD 2-10-2022 04:25 PM
protein? I stan w my caption 'siapa gelak dia dosa' kahkahkah

RiP
Quote sofea86 2-10-2022 09:18 PM
beta_carotene replied at 2-10-2022 01:41 PM
kwn tu laki ke pompuan nyah..

Lelaki
Quote ashilalat 2-10-2022 09:59 PM
sofea86 replied at 2-10-2022 12:59 PM
Dah lama citer ni 2013 ke 2014 mcmtu...tp iols rasa kak ja tahu masa tu jga kot...atau awl skit la ...

Alah..dlu pon pernah ada gusip dia belikan jam mahal ribu riban kat aiman sidek masa awal² aiman jd retis kan? Pastu kan mcm berjauh. Aiman pon kawen lepas tu. Tidak sesuatukah? Mujur aiman tu kawen. Aritu masa dgn joy revfa ramai yg sokong dia. Tak berdenting kah?
Quote tahanie 2-10-2022 10:00 PM
Iya anda terpaling hot stuff

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 09:07 AM GMT+8 , Processed in 0.115491 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top