CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mayat Mangsa Culik Ditemui Dalam Gaung, Dibunuh Sebab Tak Nak Bagi Duit Pada Lelaki Baru Kenal Di Socmed

1-10-2022 03:38 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4991| Komen: 42

SEREMBAN – Kes culik seorang wanita yang dilarikan di kawasan Broga, Lenggeng di sini Isnin lalu terjawab apabila mayat mangsa ditemui dalam gaung di Bukit Tekali, Hulu Langat, Selangor dua hari selepas kejadian.


Ketua Polis Negeri Sembilan, Deputi Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd. Yussof berkata, pihak polis telah menerima laporan pada Isnin lalu berkenaan penculikan seorang wanita berusia 27 tahun yang telah dilarikan di kawasan Broga, Lenggeng.


Gambar Hiasan

“Sebelum kejadian, pada pukul 6.30 petang Ahad lalu bertempat di rumah pengadu di Broga, Lenggeng dia dimaklumkan menerima mesej Whatsapp yang meminta sejumlah wang tebusan.


“Bertindak daripada laporan tersebut, pihak polis telah menjalankan operasi khas bagi mengesan dan mencari mangsa,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Ahmad Dzaffir, bagaimanapun lebih kurang 3.30 petang, Selasa lalu Balai Polis Batu 14, Hulu Langat telah menerima panggilan telefon daripada orang awam yang menyatakan menjumpai satu mayat di dalam gaung Bukit Tekali, Hulu Langat di Selangor.

“Pemeriksaan lanjut dijalankan dan mayat berkenaan telah disahkan mangsa di dalam kes yang sedang disiasat.

“Ini berdasarkan kepada kad pengenalan dan dokumen-dokumen yang ditemui bersama mangsa serta pengecaman oleh ahli keluarga,” katanya.

Jelas beliau, dengan penemuan mayat itu pihak polis berjaya menyelesaikan kes tersebut dengan tangkapan seorang suspek lelaki berumur 20an di kawasan Ampang, Selangor.

“Ujian yang air kencing yang dijalankan oleh suspek yang merupakan pekerja swasta adalah negatif.

“Suspek telah ditahan reman selama 15 hari bermula 28 September hingga 12 Oktober depan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 12 Akta Penculikan 1961,” katanya.

Sementara itu, menurut sumber, mangsa dipercayai mengenali suspek secara dalam talian sejak tiga bulan lalu.

“Pada pertemuan pertama, suspek lelaki meminta untuk meminjam wang daripada mangsa.

“Namun, mangsa enggan memberi pinjam wang dan mahu membunuh mangsa dengan melarikannya dalam insiden penculikan itu,” katanya.

Sumber berkata, suspek kemudian meminta tebusan wang daripada keluarga mangsa dengan mendakwa wanita itu berada dengannnya sebelum mayat mangsa ditemui dalam gaung di Bukit Tekali, Hulu Langat di Selangor. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mejaputih 1-10-2022 06:48 PM
Scarynya dan bahayanya 1st blind date dah kena kidnap.
Quote Friska 1-10-2022 06:54 PM
Culik siang bolong pakai Vellfire, rumah kena tembak, ejen kosmetik kena culik ke Thailand, terus kasus ini. Bisa jadi Darul Mexico nantinya
Quote lattehazelnut 1-10-2022 06:54 PM
Huhuhu.. byk kes kenal kat app kne rogol, bunuh, dera..
Quote dua_chzy 1-10-2022 07:12 PM
Eh, jahatnya! Ingatkan mangsa random killing, adeh...
Quote namr 1-10-2022 07:14 PM
Malaysia darul mexico
Quote dua_chzy 1-10-2022 07:20 PM
Aiol don't get apa keperluan nak bunuh mangsa. Atau kes 304? Kesian betul.
Quote orangbiasaje 1-10-2022 07:58 PM
Apa maksud kes 304?
Quote Suchi 1-10-2022 08:22 PM
Jahat betul ko ni, org tak bg pinjam duit sanggup ko culik dia dan bunuh dia.
Ko terdesak sgt ke nak duit, pi jela buat live kat fb sambil buat muka tak malu minta duit.
Bodoh betul sampai g bunuh org, tak berbaloi laa rasain laaa ke dlm.
Quote lattehazelnut 1-10-2022 08:24 PM
Friska replied at 1-10-2022 06:54 PM
Culik siang bolong pakai Vellfire, rumah kena tembak, ejen kosmetik kena culik ke Thailand, terus ka ...

Maid indon curi duit n barang kemas..
N curi suami pun ada gak..
Quote Suchi 1-10-2022 08:24 PM
orangbiasaje replied at 1-10-2022 07:58 PM
Apa maksud kes 304?

Tak sengaja bunuh ke cemana? Terbunuh masa dlm tawanan dia kan? Kira membunuh tanpa niat kan biasanya 304 nih.
Quote chandrahusin 1-10-2022 08:31 PM
Yg aritu pun kes nak pinjam duit jgk
Pergi kerja la deii
Quote monreyes 1-10-2022 08:34 PM
kat mana2 berita x jumpa pun bangsa apa pompuan ni
Quote pu3_rania 1-10-2022 09:22 PM
monreyes replied at 1-10-2022 08:34 PM
kat mana2 berita x jumpa pun bangsa apa pompuan ni

Itu lar pasal
Dok merata berita ni tapi tak ada mention kaum apa
Quote naina 1-10-2022 09:28 PM
dua_chzy replied at 1-10-2022 07:12 PM
Eh, jahatnya! Ingatkan mangsa random killing, adeh...

Lagi bahaya kalau random. Ini memang kenal dan bermotif. So tak risau sangat kalau jalan sorang2.
Quote limesherbet 1-10-2022 09:44 PM
yindon ke mangsa?
Quote CiliPadiSedap 1-10-2022 10:03 PM
Friska replied at 1-10-2022 06:54 PM
Culik siang bolong pakai Vellfire, rumah kena tembak, ejen kosmetik kena culik ke Thailand, terus ka ...

kalau takde benda baik kau nak cakap diam jelah bodoh. negara g20 kau tu datang malaysia naik tongkang masuk secara haram.
Quote matchstick 1-10-2022 10:06 PM
Friska replied at 1-10-2022 06:54 PM
Culik siang bolong pakai Vellfire, rumah kena tembak, ejen kosmetik kena culik ke Thailand, terus ka ...

Malaysia dh tak selamat..pegilah berambus balik indon sana ya bibik
Quote Friska 1-10-2022 10:41 PM
lattehazelnut replied at 1-10-2022 08:24 PM
Maid indon curi duit n barang kemas..
N curi suami pun ada gak..

Gimana cara maling suami? Digendong taruk dalam karung goni, lalu dibawa kabur? Gitu ya Kakak?


Quote she 1-10-2022 10:50 PM
Kalau bab culik tebusan ni
Ada 2 kes yang menyayat hati macik

1 kes budak sekolah rendah
Diculik di Johor
Masa minta tebusan
Penculik potong cuping telinga budak tu
Pastu bila bapa budak tu bayar
Budak tu dah mati
Katanya sebab semput
Nangesss macik tau

Kedua kes anak tokey used car
Penculik datang pura2 nak test drive
Bawak larik dia sekali
Pastu bila family bayar duit tebusan
Dengan cara campak beg duit dari jejantas highway
Mangsa ditemui mati di tepi highway tu juga
Sebab mangsa kenal penculik tu

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 01:48 AM GMT+8 , Processed in 0.102642 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top