CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Fitri Haris Beli Beg LV RM15000, Sumbang Kepada Zamani

1-10-2022 03:18 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2354| Komen: 5

Penyanyi Dr Fitri Haris tidak berfikir panjang membeli sebuah beg tangan jenama Louis Vuitton berharga RM15,000 yang dilelong oleh Datuk Aznil Nawawi pada Konsert Doa Buat Zamani yang berlangsung pada malam Jumaat.


Fitri berkata, dia membuat pembelian itu kerana prihatin dengan keadaan Zamani selain berasa pilu melihat usaha bekas anggota kumpulan Slam itu menghiburkan peminat meskipun kesihatannya tidak memuaskan.


Foto:IG

"Memang tak rancang pun nak beli beg tersebut. Saya datang menyaksikan konsert bersama isteri dan apabila Pak Nil (Aznil) membuka lelongan kami berbincang dan terus tergerak hati untuk membeli.

"Saya lihat sendiri bagaimana Zamani berusaha untuk menghiburkan peminat sepanjang konsert tersebut. Itu membuatkan saya berasa sebak dan pilu... apa yang saya berikan itu hanyalah sumbangan kecil untuk membantu," katanya ketika dihubungi mStar pada Sabtu.



Konsert yang berlangsung di Zepp Kuala Lumpur itu turut menampilkan penyanyi undangan seperti Datuk Ramli Sarip, Rahim Maarof dan Fauziah Latiff.

Menjadikan Zamani salah seorang idola dalam nyanyian, Fitri juga berharap dengan sumbangan itu dapat mendidik lebih ramai orang untuk berbuat kebaikan.



"Semua orang sayang Zamani dan dia juga memberi inspirasi kepada saya dalam dunia nyanyian. Mungkin bagi orang lain besar sumbangan tersebut, namun bagi saya ia tidak boleh dibandingkan dengan pengorbanan Zamani selama ini.

"Bukan soal jenama, kalau Pak Nil juala apa sahaja pun mungkin saya akan beli. Ini juga boleh mendidik saya dan orang lain untunk yakin bahawa jika kita memberi, lebih banyak rezeki akan datang," jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Fitri memberitahu dia bersama kumpulan UNIC kini sedang giat membuat persiapan menjelang konsert mereka pada 8 Oktober ini di Zepp Kuala Lumpur.

Kata Fitri, pada konsert itu nanti, mereka menjanjikan pelbagai kejutan buat peminat yang telah banyak memberi sokongan kepada UNIC sepanjang 20 tahun terlibat dalam dunia seni.



"Syukur, persiapan konsert semua berjalan lancar. Kami harap malam itu nanti dapat mengimbau kenangan kepada peminat yang menokong UNIC selama ini.

"Pastinya akan ada kejutan buat peminat yang hadir pada malam tersebut," ujarnya. Penyanyi Dr Fitri Haris tidak berfikir panjang membeli sebuah beg tangan jenama Louis Vuitton berharga RM15,000 yang dilelong oleh Datuk Aznil Nawawi pada Konsert Doa Buat Zamani yang berlangsung pada malam Jumaat. -CARI


Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sleepandream 1-10-2022 05:01 PM
haritu toknil dah tolong ni tolong lagi... mulianya hati heshe
Quote Madel 1-10-2022 05:08 PM
Klau dah mmg niat nak kasi derma rm15k pada Zamani, kasi aje terus pada tuan punya badan
Dari pada beli beg lelong rega rm15k, sekali beg nya fake..walaupun katanya tak rancang tpi sakitnya tetap ada disitu
Quote mamajawie 2-10-2022 08:56 AM
Apsal gmba last nampak aura kelempok?
Quote rosedemon 2-10-2022 03:25 PM
byk betoi duit kome ni ya
Quote maylink23 2-10-2022 04:11 PM
Walaupun org ckp Paknil fake, I lebih rela yg fake dari mulut puaka cam Diba AA.

Kesian tgk Zamani. Walau duit dah cukup, still usaha cari duit lagi. Bukan tunggu nak suap je. Nampak sgt dia usaha walau jalan pun dah makin teruk.

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 06:57 AM GMT+8 , Processed in 0.060956 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top