Memey Suhaiza hari ini berkongsi khabar sedih mengenai ibunya, Norlela Binti Abdul Rahman yang kini sedang berada di zon merah di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru.
Menerusi hantaran di Instagram, pelakon dan usahawan itu bagaimanapun tidak mendedahkan punca penyakit ibunya. Dia meminta jasa orang ramai mendoakan ibunya yang kini sedang berada dalam keadaan lemah. Ruangan komen pelakon dan usahawan ini dibanjiri dengan komen artis dan peminat yang menitipkan doa buat ibunya agar diberikan kesembuhan dengan cepat.
|
ADVERTISEMENT