Baru sahaja mendirikan rumah tangga dua bulan lalu, penyanyi Wany Hasrita akui masih dalam proses menyesuaikan diri bergelar seorang isteri dan menantu kepada keluarga suaminya, Al Adib Fahmi.
Jelas Wany, dirinya terbuka untuk belajar mengenai hal rumah tangga dengan lebih mendalam lagi. “Kehidupan saya sekarang masih lagi sedang menyesuaikan diri, bila ada suami dan keluarga mertua ini rasa sangat berbeza. “Saya terbuka untuk belajar banyak lagi perkara dalam hidup berumah tangga.
“Kalau macam dulu fokus saya hanya untuk bekerja, tapi sekarang saya perlu bahagikan masa saya kepada suami, kerja, keluarga saya dan keluarga mertua,” katanya. Wany ditemui pada sesi sidang media Konsert Canggung Datuk Jamal Abdillah bertempat di Royale Chulan, Kuala Lumpur pada Khamis. Tambah pelantun lagu Menahan Rindu itu, dia turut memasang niat untuk belajar beberapa resepi air tangan masakan ibu mentuanya, namun masih belum berkesempatan. “Kalau dekat rumah mertua di Kuching, saya dan mereka jarang makan luar, makan di rumah sahaja. “Kalau nak cerita pasal masak, Adib dan ibunya lagi handal masak daripada saya, masakan mereka lagi sedap dari saya. “Saya pula belum ada kesempatan untuk belajar masak dengan mak mertua saya, sebab agak sibuk. “Lagipun saya balik Kuching baru dua kali sahaja, tetapi suatu hari saya memang nak belajar, lagi-lagi masakan asal negeri itu (Sarawak)” tambahnya. Sumber: Gempak
|
rosannazmia replied at 30-9-2022 07:15 PM
Laki dia keje apa sebenarnya? #donejadiacik2kaypo
diamondhoney replied at 30-9-2022 07:18 PM
Pilot khenn
rosannazmia: Pilot ye? Bkn acik gomen ka? Eh xtaulah meols
rosannazmia replied at 30-9-2022 07:15 PM
Laki dia keje apa sebenarnya? #donejadiacik2kaypo
miss_strangers replied at 30-9-2022 11:31 PM
Keje pilot yg under gov state. Pilot private punya yg angkut vvip swak pi Sana sinun
CiliPadiSedap replied at 30-9-2022 10:59 PM
laki dia jusa c ke?
GummyBear123 replied at 1-10-2022 09:25 AM
Gediknya kau dekk... tak boleh belajar memasak dengan mak sendiri ke? Bear dah takde mak, Bear belaj ...
ADVERTISEMENT