CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Tak Adil! Kenapa Barang Kami Je Dirampas MBSA?" - Nadya Syahera

30-9-2022 05:54 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 4575| Komen: 18|Original author: LilRose

"Kesal dengan sesetengah pihak yang kurang berlaku adil."


Kredit foto: IG

Nadya Syahera menerusi hantaran di Instagram meluahkan rasa kesal berikutan barang perniagaannya di tepi jalan dirampas Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Biarpun mengakui kesalahannya, namun pelakon itu mempersoalkan tindakan anggota hanya membuat rampasan dari gerai buah-buahan sedangkan ada peniaga lain di sekitar tempatnya berniaga.


Kredit foto: IG

"Bukan tak puas hati kena saman dan tak boleh meniaga, tapi kesal sebab adil tu tak ada.

"Kalau nak angkut, biar semua kena. Kedai kami dan kedai mamak berhampiran kena angkut meja yang dilipat dan letak tepi tak guna pun, tapi tetap kena juga.

"Gerai lain mungkin sekadar saman tapi barang tak dirampas seperti kami," luahnya.


Kredit video: IG

Tambahnya, dia okey saja sekiranya ada pihak tidak berpuas hati membuat laporan kepada pihak berkuasa. Dah biasa kena, katanya.


Kredit foto: IG

Nadya juga memaklumkan dia dan suami reda dengan kejadian menimpa mereka itu. - CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sleepandream 30-9-2022 06:08 PM
staf penguatkuasa PBT mmg ramai je yg kerek...
kalau tak bg duit kopi memang kene aim la... mcm isu peniaga tepi jalan dekat sg buloh dolu...
apa nak heran yg atas2 sampai YDP pun kaki rasuah
Quote suka2 30-9-2022 06:23 PM
Pbt ni buat keje bila ada org report. Ada org report la tu. Mcm kat tpt parents aku ni, ada sorg je makcik nasik lemak yg sustain meniaga. Sbbnya makcik ni akan buat report kat majlis setiap kali ada org baru bukak gerai nasik lemak dan spanjang mggu tu dia takkan meniaga. Tp pbt xda la hangkut barang2 niaga org baru ni cuma dtg nasihat jgn niaga situ je la.
Quote Adrif 30-9-2022 07:14 PM
suka2 replied at 30-9-2022 06:23 PM
Pbt ni buat keje bila ada org report. Ada org report la tu. Mcm kat tpt parents aku ni, ada sorg je  ...

sama kat tempat kami

ada laki bini ni meniaga lama. hatta makanan dijual ntah apa2 tak sedap. mostly sarapan pagi, nasi lemak dengan capati.
kiri kanan dia, tanah dia simen. sapa2 nak meniaga, kena bayar sewa kat diorang (???)
padahal tempat dia meniaga tu, pondok pakguard lama tau dak.
bila kawasan taman tak pakai pakguard dah, dia simen lantai bagi panjang, dia tambah bumbung sendiri,
pastu meniaga. orang lain takleh meniaga sekitar

orang lain bila meniaga keliling, tak sampai sebulan, lesap
habih la kedai apam balik, pisang goreng, satay, ayam goreng, air balang, kuih muih, semua ghaib tak sampai sebulan

modus operandi dia, si isteri tu akan tiba2 mengamuk bergaduh dengan peniaga baru, ada je benda dia cari pasal
laki dia akan report kat pbt, dan juga kariah surau (???)
kenapa kariah surau? peniaga setempat yang dibenarkan berniaga, mestilah orang dari situ juga, tak dibenarkan orang kawasan lain, dan beralamat di situ. lepas tu kena bayar "yuran tahunan taman" pada kariah surau. cakap je la duit perlindungan. mengalahkan samseng perangai diorang

pbt memang selalu datang, tapi gerai diorang selamat tak kena angkut. aneh bukan?

haritu lepas pkp, ada orang hilang keja, buat pondok kayu jauh sikit dari diorang, meniaga satay petang sampai malam. tak kacau langsung ya dengan laki bini tu, waktu berniaga pun lain. itupun kena ugut. last2 dia robohkan pondok kayu dia, tak meniaga dah. kesian budak tu

oh ya, belakang tempat diorang berniaga tu sepatutnya padang bola, tempat budak2 main
tapi tak dibenarkan guna, sebab takut bola masuk ke gerai diorang. maka padang tu penuh lalang tinggi

why aa orang-orang gini tak mati kena covid haritu
Quote rosannazmia 30-9-2022 07:20 PM
Adrif replied at 30-9-2022 07:14 PM
sama kat tempat kami

ada laki bini ni meniaga lama. hatta makanan dijual ntah apa2 tak sedap. mos ...

Perangei mcmani x yah amal kan , guna ilmu hitam bagai, dorang sendiri dah ati hitam menahan rezeki bangsa sendiri…astagfirullah.. nauzubillah…
Quote orkid_amani 30-9-2022 07:41 PM
Yg aii tau kalau nak menega dikaki Lima mmg xboleh tinggalkan barang2 pekakas meniaga..kena pastikan kaki Lima tu kosong lepas habis meniaga. Kalau tinggal barang ada org report mmg kena angkut..boleh p claim balik kat depo tapi tgk la harga nk bayar denda tu berbaloi @ tak
Quote cheezel 30-9-2022 09:44 PM
Aik dia nk salahkan melayu busuk hati ngn dia? Dah sah2 dia gajikan bangla yg khemah lain tu tak
Quote cheezel 30-9-2022 09:46 PM
Pekerja bangla kesayangan dia tu guna permit atas sektor apa? Ha yg tu dia xnk bgtau plk. Ni la punca2 kt chow kit , jalan tar penuh bangla paki je sbb yg melayu untung atas angin
Quote likilu 30-9-2022 10:27 PM
Melayu dengki melayu

Kedai dia kena angkut dia nak kedai orang lain pun kena sama. Aku tak dapat semua orang pun tak boleh dapat.

Ha. Nak guna modal melayu lagi kan.
Quote kechikchomel 30-9-2022 10:37 PM
Adrif replied at 30-9-2022 07:14 PM
sama kat tempat kami

ada laki bini ni meniaga lama. hatta makanan dijual ntah apa2 tak sedap. mos ...

Hanatnya perangai laki bini tu??? Dah tu dorg meniaga laku tak?
Quote DeLuna85 30-9-2022 10:41 PM
Gambar pertama tu suka tgk cara dia bertudung.
Quote DeLuna85 30-9-2022 10:44 PM
Adrif replied at 30-9-2022 07:14 PM
sama kat tempat kami

ada laki bini ni meniaga lama. hatta makanan dijual ntah apa2 tak sedap. mos ...

Nak ajar senang je. Boikot kedai dorang
Quote Adrif 30-9-2022 11:22 PM
kechikchomel replied at 30-9-2022 10:37 PM
Hanatnya perangai laki bini tu??? Dah tu dorg meniaga laku tak?

laku ja. diorang ada geng enabler jugak. kalau tak, takkan lama dia bertahan kat situ kanada pelanggan tetap, kawan2 diorang jugak
dan juga pelanggan luar yang datang singgah kawasan sini

orang sini yang tau cerita, memang ramai tak pegi

Quote Mamioomami 30-9-2022 11:33 PM
Adrif replied at 30-9-2022 11:22 PM
laku ja. diorang ada geng enabler jugak. kalau tak, takkan lama dia bertahan kat situ kanada pelan ...

Jahatnya perangai. Orang macam ni memang umur panjang. Yang baik² pergi dulu. Lama la sikit kumpul dosa.
Quote Acikgomen 30-9-2022 11:47 PM
Adrif replied at 30-9-2022 07:14 PM
sama kat tempat kami

ada laki bini ni meniaga lama. hatta makanan dijual ntah apa2 tak sedap. mos ...

Hang pi azan je kat depan stall haram makcik tu time dia tgh menega
Azan kuat2 na, kalo boleh soh kwn hang ambik bideo
Quote Buritan 1-10-2022 10:53 AM
Moga kena langgo lori babi
Quote lattehazelnut 1-10-2022 11:00 AM
Dah salah terima je la..
Kau xpuas org lain xkena, kau report la gerai lain kat pihak berkuasa..
Quote Adrif 1-10-2022 07:13 PM
Acikgomen replied at 30-9-2022 11:47 PM
Hang pi azan je kat depan stall haram makcik tu time dia tgh menega
Azan kuat2 na, kalo boleh ...

gila aku tanak viral, dah le muka tak berapa siap
Quote syabee 1-10-2022 10:21 PM
dia ni ke dlm ig yg tulis pasal suami dia tu

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 06:09 PM GMT+8 , Processed in 0.830132 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top