CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pemandu Lori Satu Tan Berhenti Atas Jambatan, Selamba Buang Sampah Dalam Sungai

30-9-2022 11:22 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1649| Komen: 7

Johor Bahru: Pemandu lori dalam video tular memaparkan tindakannya membuang sampah dari atas jambatan Sungai Wak Rabun Batu 33, Pontian di sini sudah ditahan dan diambil keterangan oleh polis semalam.


Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, lelaki warga tempatan berusia 52 tahun itu ditahan di sekitar bandar Pontian kira-kira 7 petang, lima jam selepas usaha mencarinya dijalankan.




"Kita cuba mengesan suspek selama lima jam termasuk di rumahnya tetapi tiada dan kita kemudian berjaya menghubungi dan menemuinya di kawasan bandar Pontian.

"Suspek ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian. Ujian saringan awal air kencing mendapati suspek negatif dadah, namun semakan mendapati dia mempunyai banyak rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah," katanya.




Beliau berkata demikian ketika sidang media pada acara pelepasan Konvoi Program Ramah Mesra PDRM Johor bersama Brother Motor di Dataran Kawad, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini, hari ini.

Semalam, tular satu video berdurasi 36 saat memaparkan seorang pemandu lori memberhentikan lori satu tan bernombor pendaftaran JEL5338 sebelum memikul sampah daripada kenderaan berat itu dan membuangnya dari atas jambatan Sungai Wak Rabun Batu 33, Pontian.

Tindakannya itu dirakam orang awam sebelum dimuat naik di laman sosial Facebook dan mendapat perhatian Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Kamarul Zaman berkata, Onn Hafiz kemudian menghubungi beliau dan meminta pihak polis membantu mengambil tindakan.

"Saya kemudian mengarahkan Ketua Polis Daerah Pontian untuk mengambil tindakan mengesan suspek," katanya.

Menurut Kamarul Zaman, suspek yang kemudian dibebaskan dengan jaminan polis selepas dirakam percakapan dan diambil tindakan kompaun mengikut Rule 52 LN 166/59 selain memandu tanpa lesen GDL.

"Perbuatan itu (membuang sampah dari kenderaan) adalah satu kesalahan dan boleh dihukum saman atau dikompaun sehingga RM2,000," jelasnya.

Difahamkan, lori milik suspek itu dihantar Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) untuk pemeriksaan lanjut.

Selain itu, beliau berkata, pihaknya turut bekerjasama dengan pihak pentadbir sungai di Johor iaitu Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) yang turut menjalankan siasatan mengikut peruntukan undang-undang mereka.

"SWCorp juga akan siasat, kita sudah bincang dengan mereka, SWCorp juga akan amik tindakan dan untuk mereka, boleh kompaun sehingga maksimum RM10,000," katanya.

Mengulas lanjut, Kamarul Zaman berkata, suspek mendapat bayaran daripada kerja mengutip sampah dari kilang serta tempat pembuangan sampah dan sepatutnya dibuang di tempat khas, namun suspek bertindak mengambil jalan mudah. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Belibis 30-9-2022 12:27 PM
Orang klantan ler ni...bangsa joho amat bertamadun..mustahil sekeji ini.
Quote jfq 30-9-2022 01:10 PM
Ingat pakai panty hose kat kepala ala2 perompak sekali mmg botak daa
Kenapa dgn kau sekali tak terbalik masuk sungai masa nak tolak karung tu
Quote alieyrina 30-9-2022 01:13 PM
Eww pengotornya
Quote Mamijarum06 30-9-2022 01:16 PM
2022 dah nak sampai penamat dah pun still hv to deal dgn bende2 camni. Mengampah org takde kesedaran. Serious la. Pakcik ingat sampah tu masuk sungai then dia dissolve and hilang sekelip mata ke? Hilang dr pandangan pakcik je. Perangai menyusahkan org. Parah dunia kalau byk makluk mcm ni
Quote zarulnazmi 30-9-2022 02:05 PM
tak amanah. ambil upah kutip sampah tapi buang di sungai.
Quote ninja boy 30-9-2022 02:15 PM
Semoga sistem air paip rumah beliau diganti dgn kumbahan asid hidrolorik sulfurik metana petrol dll
Quote Artemesiaa 30-9-2022 02:17 PM
Nak buat kerja senang tapi menyusahkan orang lain

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 09:50 PM GMT+8 , Processed in 0.253311 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top