CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Tikam Kekasih Sampai Mati Sebelum Maut Terjun Dari Tingkat 8 Apartment

30-9-2022 11:00 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 738| Komen: 0

GEORGE TOWN – Polis mengesahkan kematian wanita warga Myanmar yang mayatnya ditemui dalam keadaan berlumuran darah di balkoni aras lapan Apartmen Taman Kilangin, Sungai Pinang di sini dengan kesan tikaman pada perut.


Dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam itu, mayat lelaki yang juga kekasih mangsa berusia 30-an ditemui di kawasan parkir tingkat bawah kediaman berkenaan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan V.Saravanan berkata, pihak polis bergegas ke lokasi kejadian dan telah menemui dua mayat warga asing tersebut.


Foto: Kosmo

“Saksi kejadian yang merupakan rakan kepada mangsa memberitahu dia dan mangsa baharu sahaja pulang dari tempat kerja iaitu di sebuah kilang emas di sini.


“Semasa sampai di tingkat lapan iaitu di kediaman mereka, secara tiba-tiba suspek datang lalu memeluk teman wanitanya,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurutnya, lelaki itu kemudiannya menutup mulut teman wanitanya dan terus menikam mangsa pada bahagian perut beberapa kali dengan menggunakan pisau.

“Saksi ini memberitahu dia cuba menyelamatkan mangsa namun dia ditolak oleh suspek.

”Lelaki ini dipercayai tinggal tidak jauh daripada kawasan perumahan teman wanitanya, dia kemudiannya terjun daripada tingkat lapan dan ditemukan maut di kawasan parkir apartmen ini,” ujarnya.

Beritahunya lagi, pasangan kekasih itu tidak tinggal bersama dan pihak polis kini sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengetahui punca sebenar kejadian berlaku.

“Mayat kedua-dua warga asing itu dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk proses bedah siasat,” tambahnya. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 01:47 AM GMT+8 , Processed in 0.691268 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top