Perkongsian Erra Fazira tentang pengalaman pahitnya sewaktu mengerjakan umrah yang pertama menjadi inspirasi semua.
Erra mengatakan dia telah menunaikan umrah banyak kali sehinggakan dia sendiri tidak tahu berapa kali. Menurutnya, kali pertama dia ke umarah selepas dia putus cinta pada tahun 90-an. “Alhamdullilah banyak kali saya menunaikan umrah sampai tak boleh kira dah.. mungkin dalam 8 ke 9 kali macam tu. First time menunaikan umrah masa putus cinta,” kata Erra dalam saluran YouTubenya, Keep In Touch with Erra Fazira. Erra sempat berkongsi pengalaman pahit dilaluinya sewaktu menunaikan umrah pertama, yang mana dia datang bulan sebaik tiba di Mekah.
Katanya, dia merasa sangat sedih kerana kebiasaannya datang bulan akan mengambil masa lama, anggaran dalam seminggu. Apa yang lebih merisaukannya adalah keberadaannya di tanah suci hanya seminggu. Katanya, dia berdoa bersungguh-sungguh, minta dengan Allah supaya memudahkan urusannya untuk melihat Kaabah. Erra sempat kongsikan perkara yang ajaib berlaku terhadapnya. Dia mengatakan bahawa dia hanya datang bulan selama dua hari sahaja. Katanya, doa akan dimakbulkan jika kita bersungguh-sungguh minta dengan Allah SWT. Sumber: Murai
|
babynina30 replied at 29-9-2022 11:37 PM
Kata byk kali sampai tak terkira.
Ujung2 8-9 kali.
Boleh kira lah tu kak oi.
ADVERTISEMENT