Seorang mak nyah tekad mahu berubah meninggalkan pekerjaan maksiat dan penyalahgunaan dadah yang dilakukan sejak berusia 16 tahun.
Mak nyah yang hanya ingin dikenali sebagai Anita, 30, berkata, cukup lapan tahun dia terjerumus ke lembah maksiat dan salah guna dadah. “Saya jadi mak nyah ketika berusia 16 tahun atas keinginan sendiri, masa itu boleh dikatakan ikut trend semasa. “Ketika zaman kegemilangan, memang gembira lakukan pekerjaan ini sehingga saya mampu membuat pembedahan membesarkan payudara dengan kos RM4,000 di Thailand.
“Saya juga pernah terlibat dengan dadah jenis syabu, ia bermula daripada pelanggan, jadi saya menurutinya kerana saya dibayar. Pertama kali mencuba, lama kelamaan jadi ketagih pula (syabu),” katanya di sini semalam. Kelmarin, Utusan Malaysia melaporkan bahawa lorong di Jalan Pasar di sini masih lagi menjadi port aktif buat golongan mak nyah ‘antarabangsa’ atau warga asing untuk mencari dan menunggu pelanggan bagi menawarkan perkhidmatan mereka. Anita berkata, pelbagai suka duka dilaluinya sewaktu bekerja di lorong sehingga dia pernah merempat dan tidur di kaki lima dan tangga. “Pelbagai ragam pelanggan saya lalui, selain pelanggan rakyat tempatan, ada juga pelanggan warga asing. “Suatu hari saya ditangkap oleh polis dan dipenjarakan selama empat bulan. Selepas keluar penjara, saya nekad mahu berubah meninggalkan pekerjaan maksiat,” katanya. Anita berkata, walaupun masih berperwatakan lembut, dia diterima masyarakat dan telah setahun bekerja di sebuah hotel di sini. Sumber: UTUSAN |
makita replied at 30-9-2022 07:33 AM
Sejak bila jadi mak nyah dikira ikut trend semasa nyah oi
bulalof replied at 30-9-2022 09:04 AM
golongan berpenyakit mental yg tak mahu dibantu.
Perwira2022 replied at 30-9-2022 07:10 AM
Kalau setakat tukar jantina tapi tak buat maksiat, tak boleh ke? Contohnya operate alat kelamin & tu ...
ADVERTISEMENT