Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan seorang wanita mengamuk apabila ditegur kerana memadu kereta secara melawan arus di jalan raya, lapor laman berita Suara.com.
Video itu dimuat naik dalam akaun Instagram @memomedsos. Seorang wanita dilihat memandu sebuah kereta berwarna putih secara melawan arus di sebatang jalan pada waktu malam. Perakam lelaki itu dilihat cuba menegur wanita tersebut tetapi kemudian dimarahi tanpa rasa bersalah.
“Cantik, ada kereta, kaya tetapi dungu,” kata perakam itu. “Bodoh elu (kau),” kata wanita itu. Mereka berdua bertengkar seketika sebelum wanita itu membaling wang ke arah kereta perakam tersebut. IG @memomedsos Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen. “Biasanya kejadian seperti ini yang ditegur malah lebih agresif,” kata seorang netizen. “Kalau saya dalam keadaan sedemikian tidak buka cermin tetapi terus memandu. Malu kalau dah buat salah,” komen netizen lain. Sumber: Kosmo
|
CiliPadiSedap replied at 29-9-2022 08:06 PM
baru jadi isteri ketiga jusa c minus dah besar kepala drive lawan arah.
Perawankota replied at 30-9-2022 05:30 AM
Mabuk, ke tu
ally9970 replied at 30-9-2022 09:08 AM
Ini kat indon, mana ada jusa bagai...
Tp emang cantik mbak nih...
ADVERTISEMENT