Walau zaman semakin moden, masih ramai mengamalkan perkara syirik dan menyesatkan akidah demi kepentingan peribadi.
Terbaru, tular kisah seorang pemilik bengkel dipercayai menjadi mangsa sihir angkara iri hati. Menerusi hantaran di laman Facebook Abbas Atiqah, pemilik bengkel kenderaan yang terletak di Pontian itu terkejut apabila menemui bungkusan hitam mengandungi tanah kubur dan daun kering di hadapan premisnya. Berdasarkan penemuan bungkusan hitam itu, lelaki tersebut beranggapan ada individu cuba menutup periuk nasinya dengan melakukan sihir. Pun begitu, pemilik bengkel tersebut tidak berminat untuk mengetahui gerangan individu yang telah menghantar sihir itu. Sebaliknya, dia mengirimkan doa kepada pihak berkenaan agar segera bertaubat. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa marah kepada pelaku kerana menggunakan cara yang kotor untuk menjatuhkan orang. Sumber: OHBulan
|
ADVERTISEMENT