Salina Saibi sekeras-kerasnya menafikan dakwaan ibunya cedera akibat terjatuh di bilik air. Perkara itu dibahaskan menerusi muat naik di laman sosial pelakon berkenaan gara-gara desas-desus mendakwa ibu kepada pelakon ini terjatuh di bilik air sehingga kepala berdarah.
Menurut Salina, ibunya itu dalam keadaan sihat dan dakwaan ibunya terjatuh di dalam tandas itu adalah tidak benar. Kesal dan sedih hal sebegini terjadi pada ibunya, Salina mengimbau kembali dirinya juga pernah difitnah suatu ketika dahulu di mana terdapat berita menyebarkan bahawa dia telah meninggal dunia.
Melihat perkongsian Salina di Instagram, ramai yang memberi respon dan komen mengecam segelintir pihak yang menyebarkan berita tidak benar tentang ibu dan diri pelakon ini. Sumber: Murai
|
hotmak: masalahnya sapa je mak dia yg ...
ADVERTISEMENT