Selepas dua tahun tampil dengan imej berhijab, penampilan penyanyi dan pelakon, Cik Manggis sentiasa kelihatan ‘on point’ dan cantik mengikut arus peredaran fesyen semasa.
Menurut Cik Manggis atau nama sebenarnya, Nurshazwani Shamsuddin, 33, walaupun sudah bertudung dia tidak menghadkan style berpakaian sebaliknya cuba menyesuaikannya mengikut penghijrahannya. “Saya daripada dulu memang tomboi sebenarnya, suka pakai baju besar-besar dan labuh. “Masa saya free hair dulu pun saya suka pakai baju besar-besar, jadi bila saya dah berhijrah ni saya tak banyak nak kena tukar sebab it’s already in me (suka pakai baju besar),” katanya kepada MH pada majlis Awesome TV 2023 Screening yang berlangsung di Hotel Grand Dorsett Subang pada Selasa.
Menurut ahli kumpulan De Fam ini, setiap kali keluar rumah, suaminya, Shazmin Firdaus akan membuat ‘spotcheck’ terlebih dahulu terhadap penampilannya agar ia tidak kelihatan janggal dengan imejnya. Malah, Manggis juga mendedahkan cerita di awal penghijrahannya, suami ada menetapkan ‘syarat’ agar dia tidak sesekali memakai tudung bawal. “Masa awal-awal saya pakai tudung, suami dah cakap pada saya, “jangan pakai bawal, pakai shawl sahaja”, jadi saya pun okay sahaja sebab dia kata saya pakai tudung bawal macam acik-acik. “Ini yang dia rasa pada sayalah, tapi saya tengok orang lain pakai cantik sahaja. “Sebelum saya keluar rumah atau perform di mana-mana, suami akan ‘spotcheck’ pemakaian saya terlebih dahulu. “Tapi tak banyak sangat ‘spotcheck’ pun sebab saya sendiri dah beritahu stylist yang saya nak baju labuh dan besar. “Dengan pemakaian saya sekarang ini, kalau sahya menari pun orang tak perasan, tak adalah nak menunjukkan badan ke apa,” kata Cik Manggis lagi. Sumber: Media Hiburan
|
lattehazelnut replied at 29-9-2022 07:18 PM
Tudung bawal tu merangkumi semua tudung square ke?
Atau mmg kain tudung bawal?
opie5662 replied at 29-9-2022 07:28 PM
Laki x bg die pakai tudung bawal... Tp laki pakai suar pendek takpe...
rayna_raynes replied at 29-9-2022 09:32 PM
bukan sebab aurat tapi sebab nampak makcik2
Tunan replied at 29-9-2022 07:22 PM
Tudung square tu tu bwl
che-cikL replied at 29-9-2022 11:20 PM
Nooo..
Tudung bawak yg kain voile je sepatutnya. Tapi banyak bisnes salah benda ni. Asal petak je ...
ADVERTISEMENT