CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kenapa Kecam Kaka Azraff Bila Fotonya Hiasi Billboard New York?

29-9-2022 06:09 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1794| Komen: 11

Kaka Azraff menjadi mangsa kecaman netizen selepas fotonya menghiasi billboard atau papan iklan gergasi di Times Square New York, Amerika Syarikat, baru-baru ini.


Kesal dengan tindakan itu, Kaka atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff, 33, meminta netizen tidak melampau dalam melontarkan pandangan dan lebih berjaga-jaga dalam memberikan sebarang komen di media sosial.


IG Kaka

“Sebelum ini kalau gambar artis lain berada di papan itu saya bangga sebab kita membawa nama negara dan untuk berada di papan iklan tersebut mungkin ada yang cakap ia biasa tapi sebaliknya tidak bagi saya.

“Kamu kena ada sesuatu untuk berada di situ, lagipun bukan senang sebab 10 tahun dalam industri ini pencapaian buat saya... bila lihat gambar tu berada di papan iklan jadi dapat menaikkan semangat untuk saya jadi lebih keyakinan.


IG Kaka

“Anda semua tolonglah lebih terbuka! Ini tidak asyik nak kecam saja sebab kalau berterusan macam ini sampai bila negara kita nak maju... cara anda semua tu seolah-olah menjatuhkan negara dan semangat seseorang yang berjuang menaikkan nama negara supaya lebih dikenali,” kata penyanyi itu kepada mStar.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote September14 29-9-2022 06:42 PM
X dgr pun org kecam… delusional kah??
Quote dudaberhias 29-9-2022 06:53 PM
sape yang kecam tu? tak nampak pun.... ke fefeelingkena kecam sebab nak naikkan balik nama dan gosip kan...
Quote she 29-9-2022 06:58 PM
Laaaaaaaaaaaa

Satu habuk pun tak nampak isu ni kat feed ig ke YT
Tiberrr pitenahhh nerakazen
Tak baik tauuuu
Quote telracs 29-9-2022 07:18 PM
Tak tahu pulak kalau gambar dia ada terpampang kat papan iklan gergasi di Times Square New York, Amerika Syarikat.
Kalau tahu pun, nak kecam apa ye?

Quote lattehazelnut 29-9-2022 07:20 PM
Edited by lattehazelnut at 29-9-2022 07:21 PM

Tau pun sbb lalu kat feeds i..
Tp sblm ni penyanyi sendu pun ade terpampang kat billboard tu kan..
Quote annehuda 29-9-2022 07:32 PM
Meols rs bukan malaysian yg kecam tapi maybe org sana kecam. Sebab gaya rambut sheols tu.tuh namenye box braid yg mmg sinonim dgn black kat sana
Quote Tembikaigoreng 29-9-2022 07:52 PM
Yang cakap biasa je tu ce suh billboard paparkan wajah mereka LOLLL
Quote nakkomenjugak 29-9-2022 08:40 PM
kecam cultural appropriation keeee acanerrr?
Quote Perawankota 29-9-2022 09:38 PM
Sapa kecam dia
Quote KamikuP 30-9-2022 09:37 AM
Rasa inferiority complex ke dekk sbb isu ramaps bf orng doulu2 sampai kene pulau dek kengkawan retis.. ekekeke
Quote buragazz 30-9-2022 10:56 AM
Semalam kot aku terdengar ker bila ntah kat suria ada di main kan clip suara minah ni mendidih dengan netizen...

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 10:09 PM GMT+8 , Processed in 0.099867 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top