CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Tak Merancang Pun, Kami 'Buat' Saja, Asal Jadi,-"Yonnyboii Dan Isteri Dah Sedia Nak Ada Anak

29-9-2022 05:42 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1910| Komen: 16

Belum genap setahun berkahwin, penyanyi Yonnyboii, 24, dan isterinya Nik Nazira Narriman atau Nazira, 23, sedia bergelar ibu bapa pada usia muda.

Yonnyboii atau nama sebenarnya Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin berkata, mereka tidak pernah merancang dalam soal menimang cahaya mata sejak berkahwin.

Foto: IG

"Bagi saya, kami berserah kerana perihal itu kita tak boleh sedia pun. Tak tahu macam mana nak mula, nak tangani, tapi kalau boleh saya memang nak adalah satu (anak).

"Kami tak merancang pun, kami 'buat' saja, asal jadi," kata penyanyi lagu Sakit itu.



Yonnyboii mengakui dia dan isteri masih lagi dalam fasa bulan madu serta sentiasa bersama ke mana-mana buat masa sekarang kerana enggan timbul rasa rindu.

Bahkan, menurutnya Nazira juga tidak kisah menolak tawaran lakonan semata-mata tidak mahu berjauhan dengan dirinya.




"Isteri saya selalu ikut teman di mana saya bekerja. Kalau dia ada kerja, saya yang akan pergi teman dia. Perkahwinan kami baharu menghampiri setahun dan saya tak sanggup untuk rindu dia lagi.

"Saya kalau dia jauh, saya tak senang hati. Ke mana saja pergi bersama supaya saya tak payah nak rasa tak senang hati kalau apa-apa terjadi.




"Tempoh hari, isteri ada dapat tiga tawaran lakonan tapi dia tolak. Tapi dia tak kisah sebab ketika itu dia pentingkan saya dulu," katanya.

Yonnyboii dan Nazira berkahwin pada 20 November tahun lalu. Pernikahan mereka dipercepatkan atas permintaan keluarga kerana bimbang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan semula. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote casper2022 29-9-2022 07:07 PM
perlu ke bgtau 1 msia??
Quote lattehazelnut 29-9-2022 07:47 PM
Dah tu kne bg tips utk bini hamil ke cmne ni?
Quote silampumeja 29-9-2022 08:25 PM
Org lain kawin jgak... Tp si yonni ni asyiklah tayang mulutnya cium bininya aje... Naik geli tgk.. hahahaha
Quote Fly_over 29-9-2022 08:30 PM
hahahaha bongok..
Quote MistrezHermanaz 29-9-2022 11:04 PM
Dia pakai baju hitam tu nmpk berisi lak tang perot.. Ke halusinasi iols je
Quote Revo2k17 29-9-2022 11:06 PM
“ Kami buat saja “
Quote 7doors 29-9-2022 11:26 PM
Nak bgtau dorang senggama setiap masa la ni? Ka mcm mna
Quote babynina30 29-9-2022 11:35 PM
Asal kelua cerita. Mesti pasal bini.
Dia ni penyanyi lagu apa ? Ada kejayaan terbesar lai ke selain kawen ? Semedang kesah bini kau je dekkkkk
Quote CandyK 29-9-2022 11:43 PM
Bini dia patutnya tak payah la pakai tudung time kahwin. Buruk benor rupa tudung gaya turban tu. better lagi kalau buat rambut lawa2 mcm bride mat saleh
Quote slyfynx 30-9-2022 02:07 AM
Tajuk thread dan ayat YB ni mmg sgt2 nmpk x bijak. Lawak ke dok cite ko cret dalam?
Quote lattehazelnut 30-9-2022 04:39 AM
babynina30 replied at 29-9-2022 11:35 PM
Asal kelua cerita. Mesti pasal bini.
Dia ni penyanyi lagu apa ? Ada kejayaan terbesar lai ke selain ...

Album terbaik aim 23
Quote chep 30-9-2022 04:46 AM
KETANDUSAN GOSSIP KAH
Quote sayurmayur88 30-9-2022 07:58 AM
wow, berita mcm ni pon layak ada thread eh??
Quote bulalof 30-9-2022 09:08 AM
cakap tak beradab dan berlapik.
Quote adeqbun 30-9-2022 11:11 AM
xcukup lengkap info ni yonni..sile bg laporan lengkap dr segi masa,kuantiti,teknik dsbnya..woi bab atas katil x yah cite la ..bgtau je la ikut rezeki kami terima je cpt atau lmbt..tu pon nak kene ajar ke
Quote HoneyManjer 30-9-2022 11:34 AM
hurmmm...yer la ko jer la ade binik....
tu pun nak cerita satu malaya...
apo eh...sirius bebudak zaman now mmg macam ni ker perangai

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 07:47 PM GMT+8 , Processed in 0.046947 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top