CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Pakistan Cuba Culik Budak Di Genting: Baru Sebulan Datang Malaysia Ikut Suami

29-9-2022 01:22 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3439| Komen: 30

RAUB – Seorang wanita warga Pakistan yang tular kerana dikatakan cuba menculik seorang kanak-kanak di Genting Highlands baru-baru ini dihadapkan di Mahkamah Sesyen Raub di sini hari ini.


Bagaimanapun tiada kertas pertuduhan dibacakan terhadap tertuduh di hadapan Hakim Ahmad Faizadh Yahaya berikutan dia tidak memahami Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris serta tiada jurubahasa yang fasih dalam dialek Pashto.

Tertuduh, Bibi Nasihat, 42, berasal dari Pakistan diwakili Peguam Amir Khusyairi Mohamad Tanusi.


Foto: Kosmo

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya, S.Punitha memohon mahkamah mengenakan jaminan sebanyak RM7,000 dengan dua orang penjamin warga tempatan.


Bagaimanapun Amir Khusyairi memohon agar jumlah jaminan dikurangkan dengan hanya seorang penjamin memandangkan hanya terdapat seorang saudara tertuduh di negara ini yang telah mendapat taraf kewarganegaraan.

Katanya tertuduh yang mempunyai anak berusia 12 tahun itu baru kira-kira sebulan datang ke Malaysia kerana mengikut suaminya yang bekerja di sebuah kedai perabot dengan pendapatan kira-kira RM1,600 sebulan.



“Saya difahamkan kes ini dituduh di bawah Seksyen 350 Kanun Keseksaan yang boleh dipenjarakan maksimum tiga bulan atau denda RM1,000, saya minta mahkamah mengambil kira kesalahahan kecil walaupun tidak menafikan salah tetap salah tetapi memohon diringankan hukuman.

“Ini kali pertama tertuduh sampai di Malaysia dan kali pertama juga dihadapkan di mahkamah yang memberikan tamparan hebat kepadanya dan kes ini tular di media sosial, jadi mohon jaminan serendahnya,” katanya.

Ahmad Faizadh kemudiannya menetapkan jaminan sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin warganegara Malaysia dan tertuduh dikenakan syarat tambahan menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga kes selesai.

Mahkamah menetapkan 1 November depan bagi sebutan semula kes dan tertuduh membayar wang jaminan.

Sebelum ini tular dalam media sosial seorang kanak-kanak dikatakan hampir menjadi mangsa culik di pusat peranginan Genting Highlands oleh seorang wanita warga asing.

Berdasarkan video berdurasi satu minit 20 saat melalui akaun TikTok ‘@ALFITRY_AZMI52’ yang dimuat naik dalam Facebook Daily Traffic Report memaklumkan bahawa seorang kanak-kanak hampir menjadi mangsa culik oleh seorang warganegara asing. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tokeybundle 29-9-2022 01:37 PM
Datang negara orang buat hal.pastu mula la drama.berambus la hanat
Quote pittjie 29-9-2022 01:50 PM
amboi senangnya laki dia dapat taraf warganegara. dah berapa lama duduk malaysia laki dia tu? kerja pembantu kedai perabut je pun.
Quote nurul_akmar 29-9-2022 02:09 PM
meaning betulla dia ada cubaan menculik.
Quote Suchi 29-9-2022 02:16 PM
Pelik kenapa dia nk culik? Dahla baru sebulan mai sini kalau kita2 ni baru dtg ngr org mesti takut2 nak wat pangai ke apa
Quote jas7512 29-9-2022 02:28 PM
Celaka hanat....dtg negara org buat perangai puaka pastu minta simpati..pegi mampus lah..msian jgn nak lembut hati dgn pendatang2 asing ni
Quote margo20 29-9-2022 02:37 PM
Rakyat kau punya cukup ramai dah nape org msia jgk nak diculiknye?
Quote miszclassique 29-9-2022 02:38 PM
pittjie replied at 29-9-2022 01:50 PM
amboi senangnya laki dia dapat taraf warganegara. dah berapa lama duduk malaysia laki dia tu? kerja  ...

Ade mention ke laki dia yang dapat warganegara? I macam baca saudara, tapi kira hebat jugak la dah ada warganegara bukan PR
Quote dani-rox 29-9-2022 02:40 PM
kidnap utk dibuat hamba mcm kat kpg halaman ke?
Quote Perawankota 29-9-2022 02:51 PM
Motif dia kidnap?
Quote Twirlyhoo 29-9-2022 03:05 PM
Tokeybundle: Datang negara orang buat hal.p ...

kat negara lain entah2 dah kena deport terus
Quote Mamijarum06 29-9-2022 03:18 PM
Takut la skrg. Ioll yg jenis bila keluar mata melekat dgn anak pun still takut org culik.
Quote pittjie 29-9-2022 03:52 PM
miszclassique replied at 29-9-2022 02:38 PM
Ade mention ke laki dia yang dapat warganegara? I macam baca saudara, tapi kira hebat jugak la dah ...

laaa sorry sorry ... saudara dia rupanya yang dah dpt kerakyatan. ingatkan laki dia tadi. hiks

Quote namieamuro 29-9-2022 04:42 PM
kalau alasan rindu anak. ko culik jela anak2 sampah rohingya sane tu. bersepah je. ko pilih ikot selera ko.

pastu skrg tggu ape lg. halau la balik negara die. banned seumur hidup jgn masok malaysia dh. eh lembik btl la
Quote GummyBear123 29-9-2022 08:52 PM
Alahai hakim pun lembut sgt hati.. kasi lepas mcm tu je. Patut sumbat masuk jel sebulan bagi dia rasa sikit. Datang negara orang pastu buat taik. Kita ni bila ke luar negara bukan main hormat lagi dgn undang2 negara sana.
Quote cheezel 29-9-2022 10:48 PM
Malaysia npe lembik sgt? Sedihla. Tu jd tmpt fav pati
Quote Perwira2022 29-9-2022 11:35 PM
Spesis Pakistan ni kalau kat tanah suci tu memang antara bangsa yg sangat tak bertamadun. Dengan dia punya selfish, kasar, tak hormat orang lain, tak respek peraturan.... barbarian gila. Nasib baik la pak arab penjaga tanah suci tu pun spesis keras juga.

Quote Skuau 29-9-2022 11:43 PM
Wa lagi tak boleh terima 'hujah pembelaan' drp peguam bela dia...
Quote orkidorkido 30-9-2022 01:52 AM
Dia culik untuk apa? Kes culik boleh lepas dengan jaminan? Sakit
Quote sofea86 30-9-2022 01:54 AM
Dia culik nak buat apa eh dgn budak tu?

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-12-2024 12:33 AM GMT+8 , Processed in 0.399589 second(s), 50 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top