CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Amoi Berdepan Hukuman Mati Sebab Bunuh Teman Lelaki Ajak Buat Seks Tanpa Kerelaan

29-9-2022 01:17 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2883| Komen: 24

JOHOR BAHRU – Seorang remaja perempuan berdepan hukuman mati selepas didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dakwaan membunuh teman lelakinya di sebuah hotel di Taman Mount Austin, di sini pada 20 September lalu.


Tertuduh, Sim Hui Ying, 19, mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin di hadapan Majistret, R. Salini.

Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan kerana tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Berdasarkan kertas pertuduhan, dia didakwa dengan niat telah membunuh seorang lelaki bernama Yap Kelly, 29, di sebuah hotel di Taman Mount Austin, di sini pada pukul 8 malam, 20 September lalu.


Foto: Kosmo


Atas kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati sekiranya disabitkan bersalah.

Mahkamah kemudian menetapkan tarikh sebutan semula pada 6 Disember depan bagi penyerahan laporan kimia dan laporan bedah siasat.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat mengesahkan tertuduh kemudian ditahan polis dan dikenakan reman tujuh hari bermula 21 September.

Difahamkan, remaja berkenaan bertindak melakukan perbuatan itu semasa menentang kemahuan mangsa iaitu teman lelakinya yang mahu mereka melakukan hubungan seks tanpa kerelaan.

Remaja berkenaan kemudiannya memaklumkan keluarganya berhubung kejadian tersebut sebelum pihak keluarga membuat laporan polis. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cmf_PariS 29-9-2022 01:24 PM
kesian pula dia nk selamatkan diri .. moga ada keadilan.. wpun mamat hawau tu mati... tp dia pertahankan maruah diri dia
Quote Tokeybundle 29-9-2022 01:33 PM
Kesian amoi ni.harap2 dapat pembelaan sewajarnya
Quote Perwira2022 29-9-2022 01:35 PM
Kan tu self defence  drpd rogol.... Bodoh punya polis B40
Quote epullipan 29-9-2022 01:47 PM
good job amoi..protect ur self
Quote abangbikerz 29-9-2022 01:51 PM
Perlu dibuktikan dimahkamah bahawa ianya self defence. Kalau mmg ada bukti2 kuat yg pembunuhan itu bukan self defence maka tali gantung menanti.
Quote Orix 29-9-2022 01:52 PM
dibacakan dlm bahasa mandarin ? amboi.
Quote supernaturalee 29-9-2022 01:56 PM
self defense

moga lawyer die bg hujah kaw2


Quote s@s@ 29-9-2022 01:57 PM
Perwira2022 replied at 29-9-2022 01:35 PM
Kan tu self defence  drpd rogol.... Bodoh punya polis B40

sabar la, tunggu mahkamah clear kan..... polis pulak kena.
Quote namr 29-9-2022 01:58 PM
self defence la..kesian amoi ni
Quote ally9970 29-9-2022 02:01 PM
Self defence tak perlu sampai membunuh. Kena ada elemen self defence yg wajar. Fakta kes pun tak jelas.

Kalau perompak masuk rumah kita, kita lawan balik, perompak lari keluar rumah dan kita kejar sampai keluar dari kawasan rumah dan lepas tu kita tetak dia sampai mati, itu tak dikira sebagai self defence.
Quote cucutokwan89 29-9-2022 02:01 PM
Tak rela? Mati kat hotel? Kt mana? bilik, lobi, parking lot? Daku tak baca plk kes ni
Quote CiliPadiSedap 29-9-2022 02:01 PM
ifanonline tak berani komen ke?
Quote margo20 29-9-2022 02:59 PM
takde org nak ckp dia bodo ke ikut jantan masuk hotel?
Quote Raline 29-9-2022 03:05 PM
semoga bertabah kaum hawa
Quote mamajawie 29-9-2022 03:43 PM
Orix: dibacakan dlm bahasa mandarin  ...

Wa talak tau itu malairen cakap sebab wa dulu sikola cina punye..agitchu
Quote krustykrab 29-9-2022 03:46 PM
Perwira2022 replied at 29-9-2022 01:35 PM
Kan tu self defence  drpd rogol.... Bodoh punya polis B40

Knp salahkn polis pulak..yg jatuhkn hukuman tu mahkamah
Quote krustykrab 29-9-2022 03:47 PM
Orix replied at 29-9-2022 01:52 PM
dibacakan dlm bahasa mandarin ? amboi.

Produk sjkc
Quote MissLana 29-9-2022 05:11 PM
Kesian sheols, mesti puak feminist di twittah bising
Quote lattehazelnut 29-9-2022 05:16 PM
Umur 29 couple dgn girl 19..
Mesti da byk tips n trick nak bawak ke hotel mcm pu tu la..
Eh i tertinggal barang la, i nak tukar baju u tunggu kejap ke etc..
Lepas tu paksa la ape lg..

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 07:38 PM GMT+8 , Processed in 0.194421 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top