CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Banyaknya Kambing Biri-Biri Merayau Tengah Jalan Di Shah Alam, Mana Datangnya?

29-9-2022 01:15 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3009| Komen: 29

PETALING JAYA – Melalui video yang dimuat naik di kumpulan Facebook Shah Alam Residen (tak suka ban orang), seorang pengguna di Facebook, Kapitan Khairul, berkongsi video memaparkan sekumpulan kambing biri-biri sedang bergerak secara berkumpulan mencari makanan dipercayai berlaku di Seksyen 15, Shah Alam.



Foto: FB

“Tiba-tiba nampak banyak kambing biri-biri dekat bulatan Seksyen 15 depan Karangkraf. Apa yang mereka sedang rancang sebenarnya,” tulisnya dalam hantaran tersebut.

Perkongsian tersebut turut menerima pelbagai reaksi lucu orang ramai yang menyifatkan fenomena tersebut adalah perkara luar biasa untuk berlaku di sebuah bandar raya besar.


“Tak bertuan tu daripada mati kene gelek dengan lori baik tangkap kasi golek atas api,” seloroh Rizwan Syah.

“Ngam la tu tak payah nk pergi Cameron lagi,” kata Shahrizam Ibrahim pula.

“Saya pun nampak. Beratur geng motor belakang biri-biri ni tadi tunggu lawak pulak rasa,” kongsi Nurul Suaidah Othman.

Namun disebalik rasa lucu orang ramai, tindakan tegas perlu diambil segera oleh pihak berkuasa ke atas pemilik haiwan-haiwan ini kerana ia boleh mengundang risiko kecelakaan jalan raya kepada pengguna.

Menurut Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV), pemilik haiwan yang membiarkan ternakan berkeliaran di jalanan boleh dikenakan kompaun oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak melebihi RM500 setiap seekor. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cmf_PariS 29-9-2022 01:25 PM
amboii ada zoo ke kt situ haha
Quote cap_ayam 29-9-2022 01:30 PM
Lembu dan kerbau pun ada berkeliaran kat Shah Alam
Quote naina 29-9-2022 01:37 PM
Gamaknya la tuan dia biar berkeliaran kat bandor
Quote margo20 29-9-2022 01:45 PM
Belakang karangkraf tu kan ade pejabat veterinar
Quote dua_chzy 29-9-2022 01:47 PM
Tetiba kambing biri2 tu bertukar jadik Black Sheep.
Quote renko 29-9-2022 01:51 PM
“Ngam la tu tak payah nk pergi Cameron lagi,” kata Shahrizam Ibrahim pula


apa kena mengena dengan cameron?
Quote CiliPadiSedap 29-9-2022 02:02 PM
percayalah setiap kali ada haiwan terlepas begini pasti ada penempatan pendatang haram berdekatan.
Quote prettyuglybabe 29-9-2022 02:28 PM
nak tau siapa punya, bawak lori pastu angkat 3 4 ekor..
keluar la orang mengaku tu binatang dia..
Quote dani-rox 29-9-2022 02:38 PM

Quote jazaa100 29-9-2022 02:47 PM
cap_ayam replied at 29-9-2022 01:30 PM
Lembu dan kerbau pun ada berkeliaran kat Shah Alam

Kat Ampang babi hutan.....

Quote cap_ayam 29-9-2022 10:34 PM
jazaa100 replied at 29-9-2022 02:47 PM
Kat Ampang babi hutan.....

Bukit Jalil dilupa jangan
Quote cecari 30-9-2022 06:59 AM
cap_ayam replied at 29-9-2022 01:30 PM
Lembu dan kerbau pun ada berkeliaran kat Shah Alam

babi pun ada,,, siap pandai menunggang motor dan drive keter lagi
Quote me12345 30-9-2022 07:21 AM
Negeri termaju katanyerr....
Quote shernazz 30-9-2022 07:30 AM
Ni smalam tgk kat group shah alam...
Tergelak.iols.nengok....haha..
Tapi menyusahkan orang...
Quote ultra78 30-9-2022 07:44 AM
PBT boleh aje rampas dan lelong haiwan tersebut kepada orang awam
Quote Cassieopeia 30-9-2022 08:49 AM
tu la ptt dh dpt aduan angkut je semua biri2 ni. kalau tuan dia nk blk kenekan denda mmg dlm akta ada. kalau berapa bulan tak tuntut lelong je. bahaya dan ganggu lalu lintas je.
Quote cmf_premierleag 30-9-2022 08:57 AM
Kat alam impian,shah alam sana siap ada lembu kerbau lg
Quote cap_ayam 30-9-2022 09:26 AM
cecari replied at 30-9-2022 06:59 AM
babi pun ada,,, siap pandai menunggang motor dan drive keter lagi

Ye berkat negeri maju, haiwan pun boleh jadi educated
Quote cap_ayam 30-9-2022 09:29 AM
cmf_premierleag replied at 30-9-2022 08:57 AM
Kat alam impian,shah alam sana siap ada lembu kerbau lg

Ye intertwine with nature katanya. Syukur jugaklah masa banjir hari tu Alam Impian tak naik air.. kalau tak lengkap dah serba serbi masalah.

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 11:37 AM GMT+8 , Processed in 0.334588 second(s), 49 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top