CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Cuba Ambil Budak Dari Tadika Di Pontian, Gagal Sebab Tak Tahu Nama Ibu Bila Ditanya Guru

29-9-2022 01:11 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3490| Komen: 36

PONTIAN – Sikap bertanggungjawab seorang guru sebuah tadika di daerah ini yang tidak membenarkan individu tidak dikenali mengambil kanak-kanak di bawah jagaannya wajar dipuji.


Dalam kejadian pukul 12.30 tengah hari itu, guru berusia 30 tahun tersebut didatangi seorang lelaki tempatan yang menaiki sebuah kereta jenis Perodua Kancil ketika berada di tadika berkenaan.

Lelaki itu meminta kebenaran untuk mengambil seorang kanak-kanak namun murid tersebut tidak berada di tadika berkenaan sewaktu kejadian.

Gambar Hiasan

Guru itu bertanyakan beberapa soalan antaranya siapa yang mengarahkan dia mengambil dan meminta nama ibu kanak-kanak itu, tetapi lelaki tersebut gagal memberikan penjelasan.


Kejadian itu menjadi kecoh selepas laporan polis yang dibuat oleh guru berkenaan tular dalam media sosial.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mohammad Shofee Tayib berkata, pihaknya mengesahkan laporan yang dibuat oleh guru itu dan diklasfikasi sebagai tiada tindakan lanjut.

Menurut beliau, sekiranya perkara itu berulang, guru tersebut perlu mendapatkan identiti, pengecaman wajah dan mencatat nombor pendaftaran kenderaan yang digunakan.

“Dalam masa sama, cuba melengah-lengahkan keadaan dan menghubungi Balai Polis berhampiran,” katanya ketika dihubungi disini hari ini.

Mengulas lanjut kejadian tersebut, Mohammad Shofee menafikan kejadian tersebut sebagai cubaan menculik kerana pengadu tidak dapat menjelaskan lebih lanjut.

“Jika cubaan menculik, kejadian itu berjaya dipatahkan ketika kanak-kanak tersebut dibawa lari, tetapi dalam kes ini kita pun tidak tahu apa motif sebenar lelaki tersebut,” ujarnya.

Beliau berharap sikap bertanggungjawab sepertimana guru tersebut boleh diikuti oleh mana-mana guru tadika dengan tidak sewenang-wenang mempercayai mana-mana individu untuk menbawa kanak-kanak mereka keluar. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cmf_PariS 29-9-2022 01:27 PM
ni contoh tadika yg bagus! tade buta2 nk serah.. aduhaiii seram gileeee
Quote lattehazelnut 29-9-2022 01:37 PM
Xde cctv ke depan tadika?
Quote _kelly 29-9-2022 01:53 PM
Mengulas lanjut kejadian tersebut, Mohammad Shofee menafikan kejadian tersebut sebagai cubaan menculik kerana pengadu tidak dapat menjelaskan lebih lanjut.

pandai sungguh pak polisi bg statement
Quote VespaSilbe 29-9-2022 02:50 PM
kenapa banyak sgt kes camni.. untuk apa? duit?
kenapa tak p culik budak rohingya je.. kan banyak tepi jalan tu.. mak dia tak mampu bela kut sampai mintak sedekah
Quote margo20 29-9-2022 02:50 PM
risaunye lahai kes culik skrg ni kan nak bawa ank g masjid pun takut time solat anak hilang
Quote awanearisu 29-9-2022 03:18 PM
Nanti hujung-hujung tutup kes dan dikatakan salah faham sahaja?
Quote awanearisu 29-9-2022 03:19 PM
Oh dah ada dah
Mengulas lanjut kejadian tersebut, Mohammad Shofee menafikan kejadian tersebut sebagai cubaan menculik kerana pengadu tidak dapat menjelaskan lebih lanjut.


“Jika cubaan menculik, kejadian itu berjaya dipatahkan ketika kanak-kanak tersebut dibawa lari, tetapi dalam kes ini kita pun tidak tahu apa motif sebenar lelaki tersebut,” ujarnya.
Quote Mooverine 29-9-2022 03:21 PM
masih lagi nak cover-cover.. ngaku ja la tu cubaan menculik, supaya semua orang lebih alert , sedar negara kita ni dah semakin tak selamat..
Quote awanearisu 29-9-2022 03:23 PM
Kita berharap agar pihak berkuasa dapat mewujudkan protokol baru ya berkenaan kes-kes sebegini memandangkan bilangan laporan sepertinya meningkat mendadak.

Protokol sedia ada kelihatan seperti kurang berkesan dan menimbulkan kekeliruan di kalangan mangsa dan pengadu.
Quote naina 29-9-2022 03:25 PM
Baru dapat wasap audio dan gambar budak dh kena ambik organ kena sembelih kata.
Ya Allah katakan ini tidak benar terjadi Ya Allah.. nauzubillahi min Zalik
Quote hareeeesah 29-9-2022 03:37 PM
_kelly: Mengulas lanjut kejadian terse ...


Mungkin depa ni yg elok suruh pegi skolah balik la. statement dorang ni lagi bebal dari budak tahap 1
Quote mejaputih 29-9-2022 03:40 PM

nak tunggu dibawa lari dulu ke baru dianggap cubaan menculik...aih kena review balik guideline tu...nama pun cubaan...
Quote kotakominami 29-9-2022 03:44 PM
Pintu sempadan thai dah bukak mcm2 la dgr
Quote mamajawie 29-9-2022 03:46 PM
Pelik aku ngan statement polisia kantora ni..dah nama pun cubaan menculik bukannya kena tunggu bawak lari budak tu baru dinamakan cubaan menculik..mohon diva AA skolakan hamlau ni
Quote _blackbird 29-9-2022 03:47 PM
benda ni pon pernah jadi kat meol, member meol minta tolong pick up anak dia kat tadika, pastu dia lupa nak pesan kat cikgu, cikgu pon tak kasi ambil, anak kawan meol pon bukan tak kenal meol tapi ntah la boleh lak dia buat dang je. sabor je lah...
Quote awanearisu 29-9-2022 03:49 PM
Ini contoh protokol Adam yang menjadi amalan di US.

https://www.missingkids.org/education/training/codeadam


Mungkin sudah masanya kita di Malaysia mempunyai protokol khusus sebegini, selain dari Talian Nur. Atau mungkin boleh digabungkan terus menjadi protokol Nur.
Quote krustykrab 29-9-2022 03:53 PM
_blackbird replied at 29-9-2022 03:47 PM
benda ni pon pernah jadi kat meol, member meol minta tolong pick up anak dia kat tadika, pastu dia l ...

Awat chuols tak call kawan tu tanya dia...
Apa² pun bagus tindakan cikgu tu tak kasi chuols ambik.
Quote talapia 29-9-2022 03:54 PM
taska anak aku.. kalau nk mintak org lain pickup.. parents kena inform awal.. nama, plate kete n warna kete. Kalau x.. duduk la anak kau kt taska tu sampai malam
Quote Skuau 29-9-2022 04:24 PM
Kejadian akan dianggap kes culik apabila..'budak itu sudah...'hilang diculik'....

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 11:16 AM GMT+8 , Processed in 0.182377 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top