CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Masya Masyitah Enggan Layan Kecaman, Sentiasa Positif

1-1-1970 08:00 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 590| Komen: 0|Original author: Tatod


Baru-baru ini, penyanyi, Masya Masyitah kembali diperkatakan apabila dia memuat naik gambar memaparkan dirinya yang menyarungkan jumpsuit dipadankan dengan turtleneck ketika bercuti di Dubai.

Ramai yang berpendapat kombinasi pakaian yang digayakannya itu tidak sesuai dengan imej bertudung Masya.

Gambar tersebut bagaimanapun sudah dipadamkan dan ketika sesi siaran langsung di platform Instagram, Masya secara santai menyentuh isu mengenai pakaian berkenaan.


Penyanyi itu enggan mengambil peduli dan membiarkan sahaja orang lain menularkan gambar tersebut.


Pada masa sama, dia juga sentiasa positif dalam segala hal yang berlaku dalam hidupnya.

"Biar jelah orang nak viral. Orang yang viral tu nanti pun dapatlah balasan," katanya.

Dalam pada itu, ada juga netizen yang menyifatkan ibu Masya seolah-olah bangga apabila anaknya tular dengan cara yang kurang elok.

"Amboi, nak mengata juga lagi. Takpa, alhamdulillah. Apa yang kata tu, insya-Allah balik dengan ampa na," katanya.

Sumber Gempak

Terdahulu, Masya dikritik kerana berpenampilan daring menerusi klip video baharunya, Simpanan.

Masya turut digelar 'haiwan' kerana memakai subang hiasan pada hidungnya. -CARI




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2026 08:44 PM GMT+8 , Processed in 0.044241 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top