CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Jualan Bersama Pemborong Terpilih Je,"-Neelofa Jual Minuman Detoks Pula, Dah Sediakan 'Senjata' Kalau Orang Kecam

29-9-2022 12:35 PM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 68326| Komen: 1143|Original author: Saiful

Neelofa baru-baru ini melancarkan produk keluarannya terbaharunya, Nilofa Plus Drintox Pineapple Juice.

Produk ini dikatakan membantu proses penyingkiran bahan toksin dari dalam badan.


Namun ada pihak yang mempersoalkan tahap keselamatan dan keberkesanan produk tersebut.

Menjawab mengenainya Neelofa kata dia berpuas hati dengan proses penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang dijalankan beberapa pakar sebelum ini.


Foto: IG

“Bagi saya kita berada di dalam sebuah negara majmuk yang secara langsung ia turut diterjemahkan menerusi kepelbagaian makanannya. Namun saya percaya kita sedia maklum ada di antara menu yang kita ambil itu ada yang bergoreng, berlemak, berminyak dan sebagainya.


“Jadi secara tak langsung akan timbul masalah pencernaan bagi kebanyakan orang. Sebelum ini saya ada keluarkan minuman botani dan daripada situ ia dilihat membantu ramai daripada segi melawaskan, kemudian timbul idea untuk fokuskan kepada detoks.

“Sudah semestinya saya merasakan akan ada permintaan yang tinggi untuk minuman seumpama ini dan sekarang adalah masa yang sesuai untuk melancarkannya,” katanya kepada Media Hiburan.



Neelofa juga mengambil berat mengenai bahan utama yang terkandung di dalamnya dengan berkerjasama dengan beberapa pakar khusus memastikan produk yang dihasilkan mencapai standard kualiti tinggi.

“Sebelum ini memang sudah ada yang bertanya mengenai produk ini dan memang kami promosikan ia sebulan awal bagi memperkenal dan mendedahkan terlebih dahulu kepada pembeli.



“Saya terima ‘sample’ awal detoks ini ketika saya baru sahaja mengandung. Cuma pada peringkat tersebut saya memang mahu melakukan pebagai kajian dan rujukan demi memastikan produk yang dihasilkan itu adalah yang terbaik dan tidak boleh diragui.

“Lalu saya beritahu ‘team’, nak hasilkan sesuatu yang betul-betul selamat, tiada risiko untuk orang ‘cari pasal’ dengan kandungannya. Jadi daripada situlah kami giat melakukan ‘R&D’ secara teliti.



“Bila betul-betul puas hati barulah saya yakin untuk lancarkan. Sebab itulah daripada proses penghasilannya, ia ambil masa hampir setahun.

Neelofa juga akan fokus kerjasama jualan bersama pemborong terpilih sahaja.



Mengenai kritikan yang akan diterima, Neelofa jawab, “Saya sedia maklum pasti akan ada yang pesimis dan sebab itulah pada majlis pelancaran ini, kita jemput juga wakil daripada pakar dalam bidang masing-masing untuk memberikan penerangan mengenai produk ini.

“Saya sudah sediakan semua ‘senjata’, sebelum ada pihak yang ‘serang’. Persediaan 360 darjah kata orang. Malah pihak saya turut melantik pakar untuk sama-sama kongsi informasi atau beri penjelasan kepada mana-mana pihak yang masih belum jelas dengan produk ini di kemudian hari."



Tambahnya, “Alhamdulillah, untuk saya sendiri bila minumnya pada waktu malam, keesokan hari perut tidak rasa terlalu memulas. Proses detoks itu berjalan lancar saja. Itu yang saya paling suka, tanpa perlu rasa ‘tak tahan’ sangat untuk ke tandas. Kedua ia rasa seperti jus nanas yang sedap. Suami pun turut amalkan.

“Jadi inilah yang paling baru daripada Nilofa Plus. Memang berdebar juga untuk lancarkan produk ini sebab sejujurnya kita tidak boleh jangka penerimaan pembeli semasa.Apa pun saya yakin atas segala kebaikan bahan-bahannya, detoks akan jadi pilihan semua orang." -CARI




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote DianaSaksen 29-9-2022 12:56 PM
Iyalah le tu membongak jer ko..buang toxic dlm badan segala..
Semua produk retis aku tak caya sangat
dorang pakai Dan makan minum
Quote Aneem 29-9-2022 01:01 PM
Senjata apa tu? Gambau muka billy ain?
Quote minahsenget 29-9-2022 01:02 PM
jubah ni berjahit ke jenih lilit je
Quote haifalrn 29-9-2022 01:06 PM
Sis dh cuba detox ni smlm.Sedap gilerrr walaupun zero sugar. Mlm tu arini mmg smooth jeeee membuang and x memulas langsung. Yg best tu harga pun harga mampu milik sgt.
Quote doubleA 29-9-2022 01:11 PM
Yg perlu detox ni memang ada masalah lawas ke tak membuang waktu pagi? Curlast banyaknya ambik produk retis, korang tak cuba makan papaya ke buah naga ke ambil buah2an tinggi serat utk bantu pencernaan? Real foods are always better than processed. Korang beli tanpa tengok ingredients ke? Patut la retis kaya senang bodohkan org terdesak tak membuang
Quote Mamijarum06 29-9-2022 01:11 PM
Jubah tu kalau menggerbang sgt blh tak. Serabut mata ioll. Mak arab pakai jubah byk layers pun tak serabut sgt mcm ni
Quote marlow 29-9-2022 01:11 PM
Nak buang toksik kena la bersenam. Bg keluar peluh bukan dgn mkn benda2 mcm ni. Senang betul org skrg ni nk kaya.
Quote jambatannetizen 29-9-2022 01:17 PM
Ko @Cari-Saiful , takyah lah jadi batu api. Lain lah lofa/fazura buat ada hot news pindah luar ke, cerai ke, tambah anak ke, ngandung.

Setuju kata @annehuda  humban je irrelevant topik kan bod fans kan @friedfishsoup
Quote kucingitam 29-9-2022 01:19 PM
mmg takleh brain la kalau ada lagi yang gigih jadi ejen dia..tak bljr dr kes2 sblm ni ka?
Quote haifalrn 29-9-2022 01:20 PM
doubleA replied at 29-9-2022 01:11 PM
Yg perlu detox ni memang ada masalah lawas ke tak membuang waktu pagi? Curlast banyaknya ambik produ ...

Ha a sbb sis antara org yg xske mkn sayur. Constipation tu mmg daily. buah lak l amik pisang everyday pun x membantu. Tp to my surprise smlm, amik baru satu sachet sis rasa nikmat membuang tu. Sis xpernah amik detox before this, skeptikal jgk awal2, saja je try hehe
Quote immaryjane 29-9-2022 01:22 PM
haifalrn replied at 29-9-2022 01:06 PM
Sis dh cuba detox ni smlm.Sedap gilerrr walaupun zero sugar. Mlm tu arini mmg smooth jeeee membuang  ...

Founder masih gundu, kalau baju fit dh same besar badan dia dgn mama peti ais dia.

Ohh tk perlu reply. I tahu u tetap setia bersama hajah detox wlu ape pun terjadi.
Quote immaryjane 29-9-2022 01:25 PM
kucingitam replied at 29-9-2022 01:19 PM
mmg takleh brain la kalau ada lagi yang gigih jadi ejen dia..tak bljr dr kes2 sblm ni ka?

Tk serancak dlu. Yg berbondong2 amik tu stokist. Dlm mase yg same tgh cari agent / dropship.
Ni biase nye target bdk2 or surirumah. Sendu la kot, bdk2 nk jual detox apoooooo
Padan muke kn aje stokist yg setia tu. Bangga la kot jadi yg terpilih, dpt la bergmbr sekeping 2.
Quote mojarean_X 29-9-2022 01:28 PM
Iols nk tanya yg minuman xs perfect premium dari harqis empire tu berkesan tak? Iols nmpk byk sgt iklan sana sini dlm ig
Quote Madel 29-9-2022 01:30 PM
hari2 melantak nenas, lama2 bocor usus
apooo!!
punya la kedekut, goodie bag dikasi buah nenas sebiji
berperisa nenas la sgt ujung diletak esen nenas aje mcm susu pisang tu
Quote anony-mous 29-9-2022 01:30 PM
Baju berjurai2, warna striking, tudung x tutup bahu, bulu mata pelesu, yg penting , kuku warna kulit lipas.

Dajal nanti turun sbgai prempuan atau lelaki? Tanya je
Quote haifalrn 29-9-2022 01:31 PM
anony-mous replied at 29-9-2022 01:30 PM
Baju berjurai2, warna striking, tudung x tutup bahu, bulu mata pelesu, yg penting , kuku warna kulit ...

Hang kot dajal
Quote anony-mous 29-9-2022 01:31 PM
haifalrn replied at 29-9-2022 01:20 PM
Ha a sbb sis antara org yg xske mkn sayur. Constipation tu mmg daily. buah lak l amik pisang every ...

Constipation org xambik pisang sista. Lg teruk la sembelit tu. Kena mkn betik
Quote Nnasda53 29-9-2022 01:33 PM
Baikla makan buah nenas yang semulajadi je.
Lagipun nenas dan air kelapa baik untuk dalaman wanita(air kelapa pastikan yang piyo punya).
Kalau malas nak buang kulit nenas atau memotong beli je yang dah siap jual di potong tu
Kalau yg dah siap beli tu pun malas baik mati dari hidup
Quote anony-mous 29-9-2022 01:33 PM
haifalrn replied at 29-9-2022 01:31 PM
Hang kot dajal

I x ada pengikut. Kenapa triggered sgt ni? Ada i ckp jah dajal ke? Sembelit xhabis lg ke? btw produk2 mcm ni sila la tgk ingredient bebetul. Usually ada julap

Lihat semua komen(1143)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 07:20 PM GMT+8 , Processed in 0.167986 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top