Pereka fesyen terkenal, Datuk Rizalman Ibrahim tampil bersuara selepas terdapat netizen yang menegur tubuh badannya kelihatan berisi di media sosial.
Menerusi Insta Stories, Rizalman yang dilihat memuat naik tangkap layar DM (Direct Message) yang menegur saiz terkini tubuh badannya. “Dato RI..Nampak berisi,” tulis seorang netizen di Instagram. Tidak berdiam diri, Rizalman kemudian dengan tegas meminta orang ramai untuk tidak mempersoalkan saiz tubuh badannya. Malah, dia juga akan menyekat mana-mana DM (Direct Message) sedemikian.
“Aku nak tegoq sikit buleh ka mulut-mulut hangpa ni?. Aku nampak beghisi ka aku kughuih ka..Cuba jangan luahkan. Hangpa ingat senang ka nak maintain usia macam ni. Ucapan-ucapan macamnilah yang buat aku bebai. Lepaih ni aku akan block DM macam ni.”-Tegas Rizalman Tak baik tau bodyshaming orang lain. Saiz badan berisi atau kurus, kesihatan itu yang lebih penting. -CARI Sumber: Murai.my
|
ADVERTISEMENT