CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Terseksa Atas Pokok, Gajah Berdendam Tunggu Di Bawah Sampai 2 Jam

29-9-2022 11:38 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1615| Komen: 7

NEW DELHI – Seorang lelaki di India terpaksa menanggung seksa terperangkap di atas pokok selama satu setengah jam selepas dia dikejar kawanan gajah liar, lapor laman India Today.


Lelaki dikenali sebagai Saji dari wilayah Idukki, negeri Kerala itu sedang dalam perjalanan menuju ke ladang apabila kawanan gajah liar mula mengejarnya.

Saji berjaya melarikan diri ke kawasan lapang sebelum memanjat sebatang pokok dan menunggu dengan harapan kawanan gajah liar itu akan berlalu pergi.


Foto: India Today

Namun, gajah-gajah  tersebut terus menunggu di bawah pokok yang memaksa Saji untuk tidak bergerak dari kedudukannya.


Saji cuba meminta tolong daripada  penduduk kampung yang lalu-lalang namun usaha mereka menghalau gajah itu tidak berhasil.

Akhirnya, salah seorang penduduk menghubungi pegawai perhilitan yang tiba di lokasi kejadian dan menggunakan mercun untuk menghalau gajah tersebut kembali ke hutan.

Saji akhirnya berjaya diturunkan dari puncak pokok selepas hampir dua jam terperangkap. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 29-9-2022 12:02 PM
Haathi Mere Sathi
Quote Decaffeinated 29-9-2022 01:45 PM
Saji cuba meminta tolong daripada  penduduk kampung yang lalu-lalang namun usaha mereka menghalau gajah itu tidak berhasil.

baru nak tanya macam mana boleh siap ada gambar

Quote tikusmontok 29-9-2022 01:48 PM
Decaffeinated replied at 29-9-2022 01:45 PM
Saji cuba meminta tolong daripada  penduduk kampung yang lalu-lalang namun usaha mereka menghalau ga ...

Haruslah org kpg amik gbr dr jauh..gbr pun blur gtu
Quote prettyuglybabe 29-9-2022 01:58 PM
nasib gajah tu malas so tunggu bawah je..
kalau reramai tu pi sodok pokok tu, mau tumbang.
Quote dani-rox 29-9-2022 02:54 PM
gajah nih sejenis hewan pendendam katanya. mesti si saji ada buat jahat dgn dia org
Quote TabletSusu 29-9-2022 03:41 PM
dani-rox replied at 29-9-2022 06:54 AM
gajah nih sejenis hewan pendendam katanya. mesti si saji ada buat jahat dgn dia org

kaannnn.. adalah tu si saji ni buat.. seksa anak gajah ke, tarik ekor gajah ke
Quote Highflyer19 30-9-2022 12:03 AM
Pasti rmai yg akan teringat pd mat sabu...elephant and eephant fight the grass will suffer...menteri pakatan yg sg dikagumi

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 01:53 AM GMT+8 , Processed in 0.091905 second(s), 39 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top