Wanita yang juga pelajar kolej maut selepas terjun bangunan gara-gara putus cinta. Utusan melaporkan, wanita berusia 20 tahun itu meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di kepala dan patah tangan serta kaki selepas terjatuh dari tingkat enam sebuah pangsapuri di Bandar Baru Ampang kira-kira pukul 3.26 petang kelmarin.
“Pada hari kejadian, dia yang tinggal bersama ibu dan tiga adik-beradiknya di sebuah unit di pangsapuri berkenaan disyaki naik ke tingkat enam pangsapuri sama sebelum terjun melalui balkoni. “Mayatnya ditemukan dalam keadaan terlentang di bawah bangunan,” kata Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak dalam kenyataan semalam.
Mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Ampang untuk bedah siasat dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut (SDR). - CARI
|
ADVERTISEMENT