CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sindiket Lesen Terbang Makin Berani, Guna Gambar PM Ismail Sabri Umpan Mangsa

29-9-2022 11:18 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 670| Komen: 1

PUTRAJAYA – Sindiket ‘lesen terbang’ semakin berani apabila dikesan menggunakan gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam iklan mereka bagi mempengaruhi orang ramai.


Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menerusi kenyataan akhbar berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan iklan palsu berkenaan selepas ia tersebar menerusi aplikasi WhatsApp.

Menurutnya, iklan bertajuk ‘Bantuan Lesen Memandu Percuma Buat Semua Golongan’ itu dikatakan telah menyalahgunakan gambar Perdana Menteri.


Foto: Kosmo

“Bagi meyakinkan orang ramai, sindiket turut meletakkan pautan pendaftaraan https://www.motif.my/bantuan-lesen/ dan turut dipelawa menyertai ‘grup whatsApp’ di pautan https://www.portalmalaysia.com/whatsappgroupbantuan, untuk memperdaya lebih ramai mangsa,” katanya.


JPJ berkata, iklan tersebut adalah palsu dan mereka memandang serius sindiket lesen terbang itu selain memaklumkan bahawa siasatan lanjut akan dilakukan segera bagi mengesan dalangnya.

“Kami juga akan membuat laporan kepada pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) supaya siasatan lanjut boleh dilakukan.

“Kami ingin menasihatkan orang ramai agar tidak mudah percaya dan terpengaruh, serta menghubungi pejabat JPJ berdekatan bagi mendapatkan maklumat lebih tepat dan sahih,” katanya.-CARI

Sumber: Kosmo 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 29-9-2022 02:52 PM
Siapalah yang dah tertipu tu.

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 02:54 PM GMT+8 , Processed in 0.035792 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top