CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Syak Anak Bukan Darah Daging, Lelaki Dipenjara 18 Tahun Pukul Bayi Sampai Mati

28-9-2022 05:59 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1557| Komen: 14

Seorang lelaki dihukum penjara 18 tahun oleh Mahkamah Tinggi Labuan di sini hari ini, selepas didapati bersalah memukul bayi perempuannya sehingga menyebabkan kematian pada 2018.


Hakim Leonard David Shim memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh tangkap iaitu pada 18 Ogos 2018.

Maidin Ibnu Hashim, 56, bekas penjawat awam, mengaku tidak bersalah membunuh bayi perempuan berusia sembilan bulan antara 10 hingga 13 Ogos 2018 di rumah sewanya di Kampung Gersik Lama, ketika kes itu dibawa ke Mahkamah Tinggi Labuan pada 25 Jan 2022.


Gambar hiasan

Pertuduhan itu kemudian dipinda daripada Seksyen 302 Kanun Keseksaan (membunuh) kepada Seksyen 304 (a) kanun sama (membunuh tanpa niat).

Pihak pendakwaan memanggil 15 saksi sepanjang perbicaraan berlangsung bermula 28 Februari 2022.

Pada 15 Mei 2022, hakim mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Maidin dan memerintahkan tertuduh membela diri.

Berdasarkan kertas pertuduhan, kes itu dibuka pada 15 Ogos 2018 apabila bedah siasat menunjukkan kematian bayi itu disebabkan kecederaan parah di kepala, kecederaan tisu lembut di muka, melecur pada jari tangan dan kaki serta bronkopneumonia.

Lelaki itu ditahan pada 16 Ogos 2018 dan pada mulanya didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan di Mahkamah Majistret Labuan pada 29 Ogos 2018, sebelum ditahan reman di Penjara Kepayan, Kota Kinabalu, Sabah sementara menunggu laporan penuh siasatan.

Kes itu kemudian dibawa ke Mahkamah Tinggi Labuan kerana hanya mahkamah tinggi mempunyai bidang kuasa untuk mendengar kes pembunuhan.

Motif kejadian disebabkan tertuduh mengesyaki kanak-kanak itu bukan anaknya. Isterinya kini menjalani hukuman penjara atas kesalahan dadah. 


Sumber: Bernama


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote krustykrab 28-9-2022 06:04 PM
Alahai...lakibini mmg tak layak ada zuriat..
Quote eyansss 28-9-2022 06:16 PM
makbapak bangsat, anak jadi mangsa…
Quote noor2 28-9-2022 06:39 PM
Kalau bukan anak kandung pun jgnla bunuh anak tu...
Quote mejaputih 28-9-2022 06:55 PM
Deep inside my heart, anak tu telah berada di tempat yang lebih baik skrg (syurga)..imagine kalau dia terus hidup dan didera, dgn mentally abused sbb mak pun taik dadah, lama2 anak tu membesar jadi abuser dan ntah2 ikut rentak mak dia silap2 worse than that...
Quote Decaffeinated 28-9-2022 07:05 PM
Acik2 x nak panggil friska ka
Quote missyL 28-9-2022 07:27 PM
mejaputih: Deep inside my heart, anak tu  ...


I agreeed ngn komen u
Mcm nie die tros masok syurga
Quote missyL 28-9-2022 07:28 PM
Decaffeinated replied at 28-9-2022 07:05 PM
Acik2 x nak panggil friska ka

Hahahaha

Nti smpi kot
Quote DayangKirana 29-9-2022 08:43 AM
penjara 18 tahun je? pukul baby sampai mati kot..
seksa nye la baby sepanjang 4 hari tuh..kecik lagi tak tau apa2...
mak bapak ni bagi mandul je la..tak layak ade anak langsung!
Quote mojarean_X 29-9-2022 08:48 AM
Astaghfirullah...dh ala2 zaman arab jahiliyah
Quote mojarean_X 29-9-2022 08:48 AM
Decaffeinated replied at 28-9-2022 07:05 PM
Acik2 x nak panggil friska ka

Suspek indon kah?
Quote Nnasda53 29-9-2022 09:36 AM
Tak guna punya manusia.
Hukuman 18thn je baik la bagi mati je dua2 tu.
Biar tak ada zuriat.
Quote ketambangkang 29-9-2022 09:49 AM
ko bunuh anak watpe, bunuh la mak dgn skandal dia skali
Quote pocongkiutss 29-9-2022 09:51 AM
Eh bodo..dah buat DNA test ke belum? Kalau pun bkn anak ko..yg salah tu bini ko yg mengkongkek ngan jantan lain
Quote Decaffeinated 29-9-2022 01:02 PM

tak lah. nak bangga


Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 05:55 PM GMT+8 , Processed in 0.068254 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top