CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bil RM32,900 Sebulan, Lelaki Hidap Kanser Hati Pasang 9 Penyaman Udara Tingkat Imuniti

28-9-2022 05:36 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2306| Komen: 18

Tindakan seorang lelaki di Singapura memasang sembilan penyaman udara di apartmen yang disewanya menyebabkan beberapa jiran mengalami masalah pemeluwapan.


Penduduk lain bising sebab tindakan lelaki itu menyebabkan timbul tompok kulat pada dinding rumah mereka.

Pemasangan penyaman udara di kawasan apartmen kebiasaannya melibatkan satu atau dua unit sahaja.


Seorang jiran terpaksa mencuci lantai tiga kali sehari akibat kesan pemeluwapan yang berlaku di rumahnya.-AGENSI

Namun, tindakan lelaki itu yang hanya mementingkan diri untuk kekal berada dalam suhu yang sejuk menimbulkan aduan penduduk setempat.


Difahamkan, lelaki itu akan memasang suhu 18 Celcius setiap hari di rumahnya.

Seorang jiran dikenali sebagai Liu berkata, dia terpaksa mencuci lantai sebanyak tiga kali sehari.

Liu berjiran dengan lelaki itu di tingkat bawah apartmen di Sengkang.

“Sakit kepala saya dibuatnya. Apatah lagi melihat dinding rumah yang muncul tompok-tompok kulat kerana sikap jiran yang tidak bertanggungjawab.

“Malah, kemasan lantai di rumah saya juga mula merekah disebabkan perbezaan suhu yang berlaku,” katanya lapor Shin Min Daily News.

Penghuni yang menimbulkan masalah itu mengaku kepada wartawan dia memang memasang suhu 18 Celcius supaya dapat tinggal dengan lebih selesa semasa musim panas terik ini.

Huang, 63, menyewa apartmen empat bilik memberitahu dia menghidap kanser hati dan suhu sejuk membantu meningkatkan imunitinya.

“Saya pasang lima pendingin hawa di ruang tamu, dua di bilik utama dan baki dua lagi di bilik lain.

“Saya perlu membayar bil sebanyak 10,300 dolar Singapura (RM32,900) sebulan bagi sembilan unit penyaman udara itu,” katanya.

Disebabkan pihak pengurusan menerima banyak aduan mengenai lelaki itu, Huang akhirnya mengalah dan berpindah keluar dari apartmen itu sejak minggu lalu.

Dilaporkan dia juga turut membawa sebanyak lapan unit penyaman udara untuk berpindah ke rumah baharu.

“Hendak pasang pennyaman di rumah baharu sudah tentu melibatkan kos yang banyak, tetapi saya tidak kisah asalkan dapat hidup dengan selesa,” katanya.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mamijarum06 28-9-2022 06:25 PM
Byk duit bayar bill sgd10k a month.
Quote CiliPadiSedap 28-9-2022 06:30 PM
32 ribu untuk aircond je. kaya gila
Quote Decaffeinated 28-9-2022 06:33 PM
Kalau org malaysia uncle ni boleh pilih nak duduk genting or cameron or fraser.
Quote Jitu 28-9-2022 07:00 PM
sejuknya 18
aku hbs kuat 27 tu pun aku rasa sejuk sngt dah dlm bilik
Quote naina 28-9-2022 10:47 PM
Orang sakit kanser memang badan cepat panas kan. Mungkin sebab ubat2 an atau tengah on chemo
Quote ninja boy 28-9-2022 11:38 PM
Kecik betul rumah berhimpit macam kandang
Quote Radzor 28-9-2022 11:42 PM
On dlm 1 bilik master pastu tutup pintu dah la
Quote matchstick 29-9-2022 12:16 AM
Byr bill letrik je SGD10k tp duduk rumah sewa je..agaknya dh tahu umur takkan panjang dan waris tak boleh diharap baik pilih utk hidup selesa je..
Quote green~tea 29-9-2022 12:21 AM
naina replied at 28-9-2022 10:47 PM
Orang sakit kanser memang badan cepat panas kan. Mungkin sebab ubat2 an atau tengah on chemo

Maybe.. aku rasa chemo tu panas..

Ingat ada arwah kawan mak aku kena breast cancer.... dia mmg nak tido tepi dinding sbb sejuk and melegakan sakit dia
Quote orkid_amani 29-9-2022 02:35 AM
Jitu replied at 28-9-2022 07:00 PM
sejuknya 18
aku hbs kuat 27 tu pun aku rasa sejuk sngt dah dlm bilik

27 baik tak payah pasang econ yuu
Tuu suhu mcm tiupan angin sepoi2 bahasa ja bg ank2 aii
Mlm nk tidor mmg set 18..Penang so hot ank aii cakap nti dia cair kalau tak duduk dlm aircond tapi bila mandi nk mandi air panas mandi air sejuk melolong dengaq satu Taman
Quote naina 29-9-2022 11:05 AM
matchstick replied at 29-9-2022 12:16 AM
Byr bill letrik je SGD10k tp duduk rumah sewa je..agaknya dh tahu umur takkan panjang dan waris tak  ...

At the end kita pilih hidup yang membahagiakan diri kita je..anak2 pandai2 cari reta sendiri.
Quote Jitu 29-9-2022 05:16 PM
orkid_amani replied at 29-9-2022 02:35 AM
27 baik tak payah pasang econ yuu
Tuu suhu mcm tiupan angin sepoi2 bahasa ja bg ank2 aii
Mlm nk ...

pergh sejuknya
mungkin badan sy cepat sejuk agaknya tu yg 27 rasa cukup dah pasang dlm bilik
lg pun sy duduk kat kawasan kampung
Quote pooh~key 29-9-2022 05:20 PM
Akak rasa boleh je hentikan isu pemeluwapan tu dek. Pasang je aircon set paling sejuk selama satu jam dahulu, lepas tu terus set dry mode dek!
Quote lattehazelnut 29-9-2022 05:24 PM
Duduk sorg je ke.. tp sampai 4 bilik..
Tahan pulak bini or anak2 dia duduk situ sejuk2..
Quote makiting 29-9-2022 05:27 PM
Arwah kakak ipar dulu pun kena kanser hati.. mmg dia asik ckp panas.. mungkin kesan kimo dgn radioterapi kot.. tp mmg kesian la kat org kena kancer ni.. mcm arwah suami jugak.. seksa tgk diaorg
Quote ultra78 29-9-2022 05:31 PM
Jitu replied at 29-9-2022 05:16 PM
pergh sejuknya
mungkin badan sy cepat sejuk agaknya tu yg 27 rasa cukup dah pasang dlm bilik
lg  ...

Saya set antara 24 - 26. Pasang dalam 1 jam dan off. Tidur pasang kipas. Antara sebab tak selesa di Malaysia ni adalah high humidity. Aircond remove wap air.
Quote Jitu 29-9-2022 05:47 PM
ultra78 replied at 29-9-2022 05:31 PM
Saya set antara 24 - 26. Pasang dalam 1 jam dan off. Tidur pasang kipas. Antara sebab tak selesa d ...

tu lah high humidity
masa rumah papan atap zink dulu masuk je waktu mlm terus rasa sejuk sbb byk ventilation
Quote Cikti 11-1-2023 01:32 PM
Pasang aircond selalu utk psakit xbgs, sbb aircond mgluarkan radiasi yg tinggi. Ada pakcik sorg ni sbb nk panas kan bdn akibat chemo dia mkn benda panas mcm Halia, Kunyit, temu Lawak, Lengkuas buat blender mentah dgn air pns suam2 tapis berkesan la buang panas dia, pastu cancer sel dia pun turun. Perawat alternatif ckp pakai aircond mcm mana nk dpt deep oksigen. Yg bagus ya pagi2 kena cahaya msuk hutan take deep breath. Ala2 yoga la

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 06:25 PM GMT+8 , Processed in 0.114535 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top