Baru-baru ini, tular ciapan yang yang dimuat naik oleh pihak konsesi tol PROLINTAS AKLEH (PROLINTAS) di laman Twitter.
Ia mengenai sebuah operasi mengesan penceroboh tol sehingga menarik perhatian ramai warganet. Menerusi bebenang ciapan, dilihat terdapat beberapa kenderaan telah berjaya ditahan di Plaza Tol Dato Keramat, Lebuhraya AKLEH. Apa yang menarik perhatian adalah sikap pemandu kereta jenis Proton X50 berwarna merah telah ditahan dan diminta oleh pihak penguasa bagi menjelaskan tunggakan sebelum ini. “Salah sebuah kenderaan yang ditahan ialah Proton X50 dengan tunggakan bayaran tol sebanyak RM57.50 dan amaun kerugian telah dikembalikan pada masa dan lokasi sama,”maklum pihak AKLEH.
Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi di kalangan warganet di mana netizen mengatakan tindakan pemandu tersebut telah membuatkan satu Malaysia tahu dia tidak tahu membayar tol. Selain itu, ramaI kecewa dan bengang apabila pemandu kenderaan tersebut dilihat hanya mampu membeli kereta mahal tetapi kedekut mengenai perihal bayaran tol. -CARI
|
belilies replied at 28-9-2022 05:26 PM
Cana deyols boleh mengelak byr tol? Bukan ke ada palang tu, keta deyols tak kene pukul dek palang ke ...
supernaturalee replied at 28-9-2022 05:30 PM
dh la kete besar plk tu
klu kecik mengikut rapat maybe, maybe ya, kot lepas
kam3n: Benang bakalan kurang sambutan sebab bukan plat D
Carcosa replied at 28-9-2022 06:46 PM
Mahal ke X50?
(sambil hembus kuku)
kam3n replied at 28-9-2022 05:22 PM
Benang bakalan kurang sambutan sebab bukan plat D
kam3n replied at 28-9-2022 05:22 PM
Benang bakalan kurang sambutan sebab bukan plat D
ADVERTISEMENT