Oleh Izzah Abbasy
Setiap logo yang dihasilkan mestilah melalui perbincangan dan persetujuan bagi memastikan ia menjadi terkenal dan mudah diingati. Jika kita lihat, jenama kereta terkenal mempunyai logo yang pelik dan 'simple' tapi mudah untuk dikenali. Jom bongkar apa makna logo yang mereka cipta ini.
ALFA ROMEO Salib merah untuk mengingati jasa Giovanni Da Rio yang terkenal sebagai orang pertama yg memanjat tembok Jerusalem dan mengibarkan bendera ini ketika perang salib I. Simbol sebelahnya adalah gambar naga pemakan manusia yang konon menghabiskan penduduk Milan pada awal abad 5 Masehi. BMW Logo ini adalah sebahagian dari bendera Bavaria dan juga menunjukkan bahawa BMW membuat enjin pesawat tempur ketika Perang Dunia 2. FERRARI Lambang kuda Ferrari yang terkenal berasal dari lambang Ace (pesawat terbang) Angkatan Udara Itali ketika perang dunia 1,milik Count Francesco Baracca. Lambang ini ditulis di samping pesawatnya sebagai pembawa kejayaan. LAMBORGHINI Logo ini melambangkan zodiak pemilik (Kerbau = Taurus), Ferrucio Lamborghini. Dia juga pecinta pertunjukkan matador. LOTUS Lihat huruf ACBC di atas tulisan Lotus? itu adalah nama pengasas jenama ini, Anthony Colin Bruce Chapman. MASERATI Ternyata lambang trisula disini bukan lambang syaitan, tetapi lambang kuno bandar Bologna, kilang pertama Maserati. MERCEDES-BENZ Lambang bintang berlengan tiga ini melambangkan kehebatan Mercedes-Benz di laut, darat dan udara. AUDI Lambang 4 cincin bersatu mempunyai maksud daripada 4 syarikat besar; Audi, DKW, Horch, dan Wanderer. Audi dalam bahasa latin bererti 'mendengar'. Dalam bahasa Jerman, Horch (salah satu pengasas syarikat ini), ertinya juga mendengar. Maka daripada itu, agar lebih umum nama Audi digunapakai. PORSCHE Gambar tanduk dan garis merah hitam adalah lambang tentera kerajaan Wruttemberg (abad pertengahan). Stuttgart adalah bandar kilang syarikat Porsche. SAAB Kepala Griffen (makhluk mitos campuran singa dan helang) berasal dari jubah Count Von Skane, yang akhirnya digunakan sebagai lambang daerah Skane di Swedia. Di daerah inilah SAAB didirikan. RENAULT Bentuk diamond ini pada awalnya diletak di mesin dengan segi empat di tengahnya berlubang. Gunanya sebagai lubang keluarnya suara hon (hon Renault dulunya tepat di belakang logo ini). Lama kelamaan bentuk ini dijadikan logo Renault. SUBARU Erti 'subaru' adalah 'bersatu'. Logo ini juga menggambarkan gugusan bintang Pleiades dalam jajaran Taurus, dimana ia terdiri daripada 6 bintang yang boleh dilihat dengan mata kasar. Dalam mitos Yunani, Atlas, dewa pengangkat beban, anak-anak perempuannya menjelma menjadi 6 bintang ini. MITSUBISHI 3 berlian melambangkan 3 armada kapal yang dimiliki oleh pengasas syarikat ini pada waktu awal didirikan. VOLVO Volvo bererti 'aku pergi' dalam bahasa latin. Lambang jantan disitu bukan bererti lelaki, tetapi lambang kuno besi, dimana besi sangat melimpah di Sweden. YAMAHA Yamaha memakai lambang 3 garpu tala kerana pada awalnya mereka adalah pengeluar alat muzik.Garpu tala berguna untuk mengatur nada pada alat muzik. Wah, barulah tahu semua makna logo-logo kereta mewah ini. Sebelum ini mengenali logo dan tahu sebut sahaja. Majoritinya, berkaitan dengan pengasas sendiri, ketenteraan dan kisah di sebalik tertubuhnya syarikat mereka ini. - CARI Infonet |
30
Bagus |
27
Marah |
21
Terkejut |
25
Sedih |
24
Lawak |
17
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT